Wednesday, 29 August 2018

REVIEW: Garnier Serum Mask Sakura White

Assalamualaikum hai semua, macam biasalah gegirl kan suka cuci mata dekat Watsons cari itu ini kan dari skincare ke bodycare ke makeup dan sebagainya hiks. Okay yaya nak review mask dari Garnier ni sebab mask ni sangat best, terbaik dan helokkk. Benda baik kena lah share-share kan heheheks.

1) Garnier (Serum Mask Sakura White)





Yaya rajin cuba pelbagai jenis dan jenama mask, setakat ni yaya boleh kata yang Garnier Serum Mask ni memang the best sangat! Lepas pakai memang kulit akan rasa fresh sangat, segar, dan bersih. Korang boleh dapatkan dengan harga RM6.99 atau RM7 gitu. Kandungan serum mask ni memang banyak sehingga ia diibaratkan 1 Mask Serum Garnier ni = 1 week of serum. Maksudnya sekali kita guna ianya bersamaan kita guna serum untuk seminggu. Kalau seminggu guna sekali, anda hanya perlukan 4 mask sahaja sebulan, best kan?? 

"Take care, Garnier"

Love,
Yaya Yuki

No comments:

Post a Comment

sila tinggalkan komen anda :D