Tuesday, 25 December 2018

Sepetang di Pantai Morib, Pantai Mesra Pengunjung


Assalamualaikum hai semua hari ni yaya nak share tentang Pantai Morib. Sebelum itu, Selamat Hari Natal kepada semua penganut yang meraikan pada hari ini. Celebrate with bright, joy, love and peace. Pantai Morib terletak di kawasan Banting Selangor. Pantai Morib juga berdekatan dengan Pantai Bagan Lalang dan Homestay Banghuris. 

Yaya dengan tiga orang lagi rakan gerak dari UKM dalam jam 3 petang dan kami tiba di Pantai Morib sekitar jam 4 petang. Perjalanan dari Bangi ke Banting mengambil masa sekitar satu jam lebih skit macam tu. Kami ikut jalan dalam so far ok je jalan dalam tak ada jem teruk-teruk. Kami pergi hari Ahad. Sampai je di Morib, memang ramai sangat pengunjung waktu ni. Ada yang hadir bersama rakan-rakan, keluarga, sanak saudara, suami isteri, dan pelbagai lagi.

Macam-macam aktiviti juga yang dilakukan oleh pengunjung antaranya main layang-layang sebab angin dkt Morib ni serius best fefelingg gitu. Ada yang makan-makan tepi pantai, ada juga group-group abang bomba yang sedang beriadah di tepi pantai. Keadaan cuaca yang redup redup beserta angin sepoi sepoi bahasa bak kata orang memang seronok sangat bersiar-siar di Pantai Morib ini. Sewaktu kunjungan ke sini juga yaya perasan ada expo sempena cuti sekolah. Yaya juga difahamkan pelbagai jenis expo yang diadakan di Morib mengikut aktiviti tertentu. 

Pantai Morib Pantai Mesra Pengunjung kerana infrastrukturnya yang lengkap dan terjaga dengan baik. Taman permainan untuk kanak-kanak juga tidak berkarat dan berada dalam kedaaan yang baik. Pantai Morib juga menyediakan ruang beriadah untuk golongan OKU. Pantai Morib juga pantai yang bebas asap rokok yeayyy jadi anda digalakkan membawa anak-anak, keluarga anda beriadah dan bersiar-siar di pantai ini. Pantai Morib juga menyediakan ruang surau dan tandas yang sangat selesa dan bersih untuk keperluan pengunjungnya. Jika anda lapar? haa jangan risau pelbagai jenis santapan yang disediakan di pantai ini.


Sekitar gambar-gambar di Pantai Morib...


tenangkan melihat air laut rasa hilang kejap semua kerja-kerja yang serabutkan kepala nih hihi.


Pengunjung Pantai Morib.


Boleh berkemah lagi kat Pantai Morib ni. Seronok tengok hihiks..last yaya berkhemah dekat skolah masa tingkatan 4 dulu perkhemahan unit beruniform polis. 


Alatan beriadah berada dalam keadaan sangat baik.


Menara untuk melihat pemandangan laut di Pantai Morib.


Papan tanda zon larangan merokok. Sangat bagus kerana semua sedia maklum asap rokok juga mampu memudaratkan kesihatan.


Papan tanda petunjuk di Pantai Morib dan peringatan yang sangat bagus. Larangan berdating berduaan ye. 


Tanda awam yang bersih dan selesa untuk pengunjung.


Kemuahan beriadah.


Kompleks gerai makanan.


Ruang beriadah dan bersantai.


Sejarah Pantai Morib.


Gambar diri sendiri dan kawan-kawan pula hihi...






Till we meet again Pantai Morib...
Yaya akan datang semula ke Pantai Morib bersama keluarga pula lepas ni. 


Thanks for reading.

love,
Yaya Yuki

6 comments:

  1. Macam tak sesuai untuk mandi manda ek

    ReplyDelete
    Replies
    1. sesuai :) Pantai Morib ada 2 bahagian. Bahagian tembok and ada batu ni untuk ambil angin yang lagi satu bhgian berpasir boleh mandi cuma kualiti air biasa-biasa hehe :)

      Delete
  2. Dapat duduk tepi pantai pun dah cukup nikmat. ^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan. Macam yaya jarang mandi suka hirup angin je hee :)

      Delete

sila tinggalkan komen anda :D