Thursday, 30 August 2018

9.9 Super Shopping Day di Shopee


Assalamualaikum hai semua, SHOPPING ALERT!! hihiks, sebagai seorang yang menggilai windows shopping ni, yaya nak share pada korang semua SAVE THE DATE!! tau 9.9 ni ayuh ayuh kita shopping dekat Shopee peee peee beli baju juu juuuu di Shopee ihiks (terpengaruh dengan lagu iklan Shopee dekat Tv, sedap pulak). Bestnya shopping dekat Shopee ni sebab Shopee bagi voucher untuk penghantaran percuma tau yeayy!!. Barang pertama yang beli dari Shopee ni adalah Printer HP Deskjet Ink Advantage 2135. Since dari pada sini, bila dah puas hati dengan cara seller layan customer, produk berkualiti, penghantaran pun laju mengikut kadar yang ditetapkan, terus makin hari makin suka shopping dekat Shopee.


Selain tu, yaya suka usha usha Shocking Sale ni juga, ini pun best gila seriuss. Dia ada masa-masa dia tau, means dalam satu masa tu, macam handbag tu, dia ada kuantiti dia sendiri, if lambat dia akan sold out untuk harga shocking sale yang ditawarkan, so akan back pada harga biasa haa so siapa cepat dia dapat laa kan hiks. Hasil menyelam beberapa hari ni yaya dapat laa beli apa-apa yang terhajat dan bekenaan di hati ni, 5 barang hiks. Tak sabar nak tunggu semua sampai then boleh laa review di blog.



Use my referral code YAYAY238 to get rm7.00 off your first purchase! Download Shopee now to enjoy free shipping and lowest price guaranteed deals! https://shp.ee/dfbt892

Selamat bershopping semua :)

love,
Yaya Yuki

Wednesday, 29 August 2018

Giveaway Merdeka 2018 Lexee Memang Wow


Assalamualaikum semua. Jom join Giveaway Merdeka 2018 Lexee Memang Wow. Tarikh tamat pada 31 August 2018 ini. Hanya klik banner untuk join Good luck.

Love,
Yaya Yuki

REVIEW: Garnier Serum Mask Sakura White

Assalamualaikum hai semua, macam biasalah gegirl kan suka cuci mata dekat Watsons cari itu ini kan dari skincare ke bodycare ke makeup dan sebagainya hiks. Okay yaya nak review mask dari Garnier ni sebab mask ni sangat best, terbaik dan helokkk. Benda baik kena lah share-share kan heheheks.

1) Garnier (Serum Mask Sakura White)





Yaya rajin cuba pelbagai jenis dan jenama mask, setakat ni yaya boleh kata yang Garnier Serum Mask ni memang the best sangat! Lepas pakai memang kulit akan rasa fresh sangat, segar, dan bersih. Korang boleh dapatkan dengan harga RM6.99 atau RM7 gitu. Kandungan serum mask ni memang banyak sehingga ia diibaratkan 1 Mask Serum Garnier ni = 1 week of serum. Maksudnya sekali kita guna ianya bersamaan kita guna serum untuk seminggu. Kalau seminggu guna sekali, anda hanya perlukan 4 mask sahaja sebulan, best kan?? 

"Take care, Garnier"

Love,
Yaya Yuki

Monday, 27 August 2018

Salam Aidiladha dan Tahniah Kepada Mahasiswa Baru Khususnya UKM


Assalamualaikum semua, Terkejuttt yaya tengok post last yaya February lepas, maknanya dekat 5 bulan tinggalkan blog yaya kesepian berhabuk gini hehehe. Hai semua masih ada yang ingat dan rindukan yaya yuki tak? angkat tangan skit hiks, Sebelum tu, yaya harap yaya tak terlambat untuk ucapkan Salam Aidiladha kepada semua umat islam di dunia. Raya Aidiladha kali ini masih lagi sambut bersama keluarga yaya di Batu Pahat Johor. InsyaaAllah dalam 3 4 tahun akan datang sambut di tanah suci pula, doakan yaya ye. 

Awal bulan 8, keputusan UPU untuk pengajian ijazah dah keluarkan ? yaya nak ucapkan tahniah kepada semua adik-adik yang berjaya sambung degree ye. Tapi, kepada yang tak dapat jangan sedih  sedih ye dik, teruskan berusaha InsyaaAllah ada rezeki lain nanti jangan lupa mohon rayuan second intake dan sebagainya. Sila pastikan anda sentiasa alert dengan setiap update pengumuman ye.

Kepada adik-adik yang dapat masuk UKM, hai hai selamat datang ke Universiti Kebangsaan Malaysia, Yaya adalah senior kamu yang berada di final year kos Sains Pembangunan. Kalau ada yang dapat kos ni, nak sembang-sembang pasal kos ni boleh laa email yaya ye (yayayuki96@gmail.com). Sedikit pesanan kepada adik-adik selamat menempuhi alam degree, sentiasa grab peluang yang ada, belajar sebanyak mungkin ilmu yang ada supaya kita lebih multitasking, cipta memori banyak-banyak. Macam yaya yang dah masuk final year ni, kadang-kadang terasa sedih pula, sekejap sahaja masa berlalu, kadang-kadang macam rasa baru semalam mak ayah hantar kat UKM, baru semalam tinggal dekat kolej aminuddin baki (KAB).

Dekat UKM, yaya tinggal dekat Kolej Aminuddin Baki (KAB). Bagi yang dapat kolej Aminuddin Baki anda sangat beruntung dan bertuah kerana KAB terletak di tengah-tengah pusat pentadbiran. Tapi, kalau anda duduk kolej yang jauh-jauh pun tak ada masalah ye dik, sebab kita ada bas dalam kampus, bas rapid, bas MRT pun masuk UKM juga, perkhidmatan e-hailing seperti Grab dan MYcar juga banya. Kalau yaya lebih kerap guna MYcar sebab lagi murah dari Grab, kena rajin compare ye hiks, kalau jenis tak kesah sangat terlebih terkurang ni okay jeek hikss. Pergerakan nak kemana-mana tiada masalah, sangat mesra mobiliti. jangan risau ye.

Bagi yang baru pertama kali menjejak kan kaki di Bangi, ketahuilah Bangi adalah bandar syurga makanan. Jangan lupa explore pelbagai makanan menarik di sini ye. Kalau tak ada yang nak teman jangan risau jangan sedih, jangan gundah gulana gituu, rogerrr je yaya ni, memang jenis food hunter gitu hiks....

Okay sampai sini dulu ye perkongsian yaya, Sebelum tu nak belanja sikit gambar masa raya Aidiladha hee. 



Banyak lagi gambar di Instagram yaya @TheDayuki jangan lupa follow ye!. Sebarang pertanyaan boleh email kepada yayayuki96@gmail.com

Love,
Yaya Yuki

Wednesday, 14 February 2018

I Got My Photobook (Photobook Review)

Helooo Assalamualaikum everyone, wishing you gais have a nice day. Okay baru-baru ni viral pasal photobook dekat facebook. So, apalagi yaya try ler and hasilnya sangat puas hati gais. You gais should try too. Yaya nak share photobook yaya. Btw, kalau biasa yang viral tu biasa guna kertas biasa. Photobook yaya ni yaya upgrade kertas dia which is kena tambah dalam RM5 sahaja.

Dekat bawah ni yaya tunjukkan beberapa gambar yang ada dalam photobook yaya.