Wednesday, 22 March 2017

Happy Birthday LAZADA


Assalamualaikum dan selamat pagi semua. Minggu ni, di reading list yaya kebanyakkan blogger up posting entry "LAZADA BIRTHDAY BLOGGER CONTEST". Jadi, yaya pun nak join sekalilah memeriahkan Lazada Birthday Blogger contest ni, mana tau ada rezeki hihi, amin.

1. Apa yang Yaya suka tentang Lazada?
Yaya suka shopping di Lazada sebab utamanya ialah efisien, laju, hari ni order-order barangan yang sedia ada dalam negara esok atau lusa sampai dah depan rumah. Hampir semua barang-barang keperluan universiti seperti beg bagasi, papan seterika, seterika, kettle, semua ni yaya beli di Lazada. Haa, yaya pernah beli fon jugak dekat lazada. Baru-baru, ni fon tu ada masalah, dan yang paling rumit sekali yaya dah terbuang resit warranty semua, pastu terus call Lazada sekejap je dapat email warranty balik, dah settle elok balik dah fon tu. Yaya boleh bagi 5 bintang untuk servis, khidmat pelanggan yang cekap dan sangat efisien. 

2. Tiga produk kegemaran yaya dari Lazada Malaysia?

i).  Xiaomi Mi Max 128 GB Rom + 4 GB Ram 
Yaya perlukan Xiaomi Mi Max ni kerana kapasiti ram yang besar sesuai laa dengan student macam yaya yang tak suka fon "lagging" dan suka menyimpan banyak data dalam fon ni hihi.



ii).  Nike Women's Air Max Thea Lifestyle Shoe.
Kerana ia amat bersesuaian dengan gadis feminin yang rajin bersenam macam Yaya :D.


iii). Milux 10 in 1 Multi Cooker MMC-1500
Kepada yang suka masak, proses memasak akan lebih mudah dengan 10 dalam 1 Multi Cooker dari Milux ni.



3. Macam mana nak pertingkatkan lagi perkhidmatan Lazada?
Yaya rasa untuk barang COD tu sangat limited kan, pihak Lazada boleh mempelbagaikan lagi jenis barangan yang boleh di COD. Selain itu, barangan HOTS yang selalu sold out, boleh ditambah kuantitinya. Barangan yang datang dari luar negara, mungkin pihak lazada boleh kaji semula jangka masa menunggu yang makan masa agak berbulan khususnya barangan make up dan jam.

4. Ucapan Birthday untuk Lazada
Selamat menyambut ulangtahun yang ke 5 LAZADA!, semoga semakin bertambah maju terkehadapan, sentiasa efisien dan sentiasa menjadi pilihan utama rakyat malaysia untuk  shopping online.

Bloggers, anda dialu-alukan untuk sertai contest ini. Sila klik link di bawah untuk maklumat lanjut. Terima kasih.


love,
Yaya Yuki

7 comments:

sila tinggalkan komen anda :D