Wednesday, 4 January 2017

Pandangan Yaya Yuki tentang movie PEKAK

Image result for movie pekak
Assalamualaikum hai semua, sebelum ni yaya ada dengar yang movie pekak ni agak teruk dan movie ni tidak dibenarkan masuk ke negara tertentu. So, yaya pun mengambil inisiatif tonton sendiri dan beri pandangan dan ulasan yang boleh dibuat mengenai movie ni.

Jadi, selepas menonton movie ni, apa yang nampak adalah dari segi PENGAJARAN yang ingin diberikan. Mengikut movie ni, PENGARUH RAKAN SEBAYA memainkan peranan yang sangat penting. Watak Dara dalam ni adalah watak yang agak "lurus bendul" dan jenis tidak berani menolak ajakkan kawannya iaitu watak Melur, dan Dara juga tidak berani memberitahu ayahnya bahawa Melur orang yang membawa dia kepada benda-benda negatif. Yaya sangat pasti dalam dunia realiti pun pasti ada situasi macam ni terjadi.

Untuk ibu bapa diluar sana, sila cek dengan siapa anak anda berkawan, anak anda keluar, teman belajar dia sangat penting. Dan yaya rasa untuk hari ini telefon bimbit anak-anak juga perlu diselongkar memandangkan hasil pemerhatian yaya pada budak-budak "wechat" kebanyakkan terlalu bebas seawal usia yang terlalu muda di bangku sekolah rendah lagi. 

Bagaimana pula dengan watak pekak yang dibawa oleh watak Uda dalam ni? Apa yang yaya nampak adalah "matlamat tidak menghalalkan cara" watak Uda dalam ni adalah watak yang menjual dadah untuk membuat pembedahan untuk dengar kembali dengan kos yang dianggarkan 60 ribu. Tetapi, hasilnya pembedahan dia gagal, dan dia tidak mampu mendengar semula. Dalam dunia ini, lagi-lagi soal duit perlu ada keberkatan dan cara dapatkannya wajib menggunakan cara yang halal kerana itulah yang akan menjadi darah daging kita.

Okay sekian sahaja untuk review movie kali ini. Tunggu next movie pulak ye hihi. Thanks for reading. Have a nice day everyone.

Love,
Yaya Yuki

No comments:

Post a Comment

sila tinggalkan komen anda :D