Friday, 23 December 2016

Yaya Yuki need a Travel lah! #MyTravelokaEscapade by Traveloka

Assalamualaikum hai semua pembaca setia Blog Yaya Yuki yang disayangi sekalian. Pertamanya, terima kasih kepada Traveloka sudi memberi peluang kepada yaya untuk menyertai contest ni. Manalah tahu, rezeki yaya kali ni, sama-sama lah kita terbang ke ..... ke mana?? Yaya Yuki nak ke Melbourne, Australia lah bersama Traveloka #MyTravelokaEscapade. 

MELBOURNE, AUSTRALIA

Image result for melbourne australia attractions

Ke mana tempat yang yaya akan lawat jika ke Melbourne? Okay yaya senaraikan 7 tempat terbaik pilihan yaya ialah:

1). The Nobbies Philip Island

Image result for the nobbies phillip island

Related image

Selain dapat melihat, dan mengambil angin sepoi-sepoi bahasa di tepi pantai yang indah ini, yaya juga berpeluang untuk tengok penguin jalan terkedek-kedek di sini. alaaa comelnyaa. Yaya suka penguin ni. Comel sangat. Adalah simpan impian nak wefie bersama keluarga penguin berlatar belakangkan The Nobbies Philip Island ni. Mesti gempak wefie tu nanti, sebab ada yaya yuki and the penguin :P. Mohon jangan jeles uolls.

2) Maru Kuola & Animal Park

Image result for Maru koala and animal park

Dekat Maru Koala & Animal Park ni, yaya berpeluang mendekati kangaroo. Sukanya dapat jumpa kangaroo dapat pegang kantung kangroo ni, dapat tengok macam mana kangaroo ni letak anak dia kat situ. Selain tu, dapat luang masa dengan haiwan-haiwan dekat sini bagi makan. Tempat ni sangatlah sesuai dengan jiwa yaya yang pencinta haiwan ni.

ok next kita ke

3. Port Campbell National Park

Port Campbell National Park ini terletak kira-kira 190 kilometer arah barat daya dari Melbourne. Cara susun batu batu dan curam yang terbentuk hasil hakisan ombak dan angin yang sangat menarik untunk dilawati. Lokasi ini sangat sesuai dengan jiwa yaya yang minat fotografi dan geografi. Boleh tambah ilmu geografi bila ke Port Campbell National Park
Related image

Related image

Image result for port campbell national park

Selepas melawat Port Campbell National Park ini, semestinya yaya akan ke

4. Twelve Apostles

Twelve Apostles merupakan pembentukan batuan berupa tiang dengan pelbagai bentuk yang terletak di pesisir Port Campbell National Park. Sepatutnya seperti namanya ia mempunyai 12 tiang batu. Tetapi, hasil daripada hakisan tiang-tiang batu yang ada tidak lagi berjumlah dua belas. Setakat tahun 2017 akan datang tinggal berapa? haaa izinkan yaya menang contest ni, yaya pergi nanti yaya akan kira dan ambil gambar kesemua tiang-tiang batu ni serta pemandangan matahari terbenam untuk pembaca setia blog Yaya Yuki yang disayangi sekalian.

Image result for twelve apostles

Image result for twelve apostles

Cantik sangat. Semoga ada peluang ke sini hihiks :)

Setelah melihat keindahan bentuk mukabumi Melbourne, yaya akan ke sekitar pusat bandar untuk melihat rekabentuk keunikan bangunan yang ada di kota melbourne.

5. Flinder Street Railway Station
Flinder Street Railway ini terletak di tengah-tengah bandar dan ia nya juga merupakan salah satu mercu tanda Melbourne. Hasil research yaya, Flinder Street Railway Station ini juga telah dibina semenjak 1905 lagi. Ini adalah merupakan tampat wajib untuk bergambar kalau ke Melbourne hehe.

Related image

Image result for flinder street railway station

Image result for flinder street railway station

Cantikkan? kalau boleh shoot prewedding nanti pun nak buat depan ni, baru nampak ala-ala romantik sikit :P ihiks. Terletak berdekatan dengan Flinder Street Railway Station, seterusnya yaya akan ke 

6.  Federation Square
Hasil pembacaan, Federation Square ini dimaklumkan sebagai "jantung" bagi bandaraya Melbourne. Oleh kerana senibina untuk Federation Square ini sangat unik, yaya nak pergi sini dan lihat sendiri keunikannya.

Image result for federation square melbourne

Image result for federation square melbourne

Sangat cantik, dan unik senibina Federation Square ini. Sesuai laa dengan "square" kerana ia nya berbentuk square. Tiba-tiba rasa macam kaki yaya ni dah jejak dekat Melbourne pulak hihiks. Okay kita ke lokasi terakhir yaya untuk dilawati di sini ialah

7. Yarra River

Image result for yarra river melbourne

Sambil menyesuri sungai Yarra ini, yaya berpeluang melihat pemandangan bandar Melbourne. Sungai ini juga terletak berhampiran dengan Square Federation. Difahamkan Sungai Yarra ini juga sepanjang 240 km yang mengalir melalui pusat bandar Melbourne. Sambil ambil angin, menikmati keindahan sungai, dan menyaksikan susunan bandar Melbourne ini, boleh juga manfaatkan peluang ini dengan mengambil gambar untuk ditampal di dinding blog Yaya Yuki ni. :)

Maka, dengan ini tamatlah cerita Yaya Yuki. Semoga rezeki milik yaya dan dapat terbang ke Melbourne tahun 2017 ini amin. Terima kasih kepada semua yang sudi membaca. Wish me luck.


Segala gambar di dalam post ini dikreditkan ke Google.

Love,
Yaya Yuki

No comments:

Post a Comment

sila tinggalkan komen anda :D