Monday, 14 November 2016

Pelik dengan gaya ibu bapa "HIPSTER" kini.

Assalamualaikum semua. Tajuk macam nak marah jek kan, huhu bukan marah bukan nak kecam, tapi hanyalah nak melontarkan pendapat 20 sen kita jek. Baru-baru ni viral tentang guru dikecam kerana suruh pelajar duduk atas tar, atau simen, dan semalam di Facebook yaya perasan, ibu bapa marah cikgu suruh anak murid padam papan hitam, pergi sekolah untuk belajar, bukan jadi kuli untuk padam papan hitam katanya. Aduhai, apa nak jadi dengan pemikiran ibu bapa gaya hipster kini, sampai bila nak manjakan anak-anak gini.

Zaman-zaman yaya sekolah dulu jangan kata duduk atas lantai ke apa, duduk atas rumput padang basah-basah pun ada awak, kena denda dengan cikgu jalan itik satu bangunan pun pernah, macam-macam lagi. Kalau yaya pulak, kena denda kat sekolah yaya takkan berani bagitau parents, kalau tak nanti parents tambah lagi serius. hahaha aduhai mak ayah garang dulu. Tapi sekarang dah tak laa since semua anak-anak dah besar kan, alhamdulilah berkat pengajaran guru dan parents buat kita jadi MANUSIA hari ini.

Tapi pelik gila dengan fenomena sekarang, parents tak habis-habis nak cari salah sekolah, salah cikgu. Macam manalah nak menerapkan nilai-nilai murni dalam diri pelajar yang semakin hari dah semakin hilang entah ke mana tambah pulak dengan parents yang asyik berterusan menunding jari semuanya salah sekolah. hmm. 

its just my 20 cent, :)

That all, thanks for reading.

love,
YAYA YUKI

2 comments:

  1. betul setuju sangat. terlalu manja then bila anak jd nakal salah cikgu balik kan. hmm

    ReplyDelete

sila tinggalkan komen anda :D