Saturday, 15 October 2016

Mahasiswa dan Blogger

Assalamualaikum hai semua :) sekarang ni macam kurang sikit kekerapan yaya hapdate blog ek. Huhu beginilah cerita hidup seorang mahasiswa/mahasiswi. Tapi-tapi yaya nak bagitau ni memang yaya jarang publish entry sebab kekangan masa, tapi yaya akan bukak blog ni tiap hari tau. Blog ni adalah blog yang aktif ye gais, please jangan unfollow huhu. So, u gais yang blogwalking tu tinggalkan jejak di cbox, insyaaAllah i will followback as soon as possible. 

So today, nak cerita mengenai satu program yaya and my group bersama anak-anak yatim dari rumah anak yatim sg.buaya hulu langat InsyaaALLAH bakal berlangsung pada hari yang sama dengan birthday yaya iaitu pada 19 November 2016. Hihi kebetulan tarikh yang dipilih sama dengan birthday kita. Program ini adalah di bawah citra Pembangunan Belia di mana student wajib buat program untuk melengkapkan penilaian markah dalam kursus ini.

Seronoknya bila korang masuk UKM ini adalah UKM ada citra, di mana citra ni boleh bagi korang banyak softskills sebagai contoh yang yaya and my group bakal buat ni adalah untuk melatih macam mana nak kendalikan program and segala-segalanya. Mahasiswa yang hebat adalah mahasiswa yang hebat dalam peperiksaan dan mahasiswa yang serba boleh (multitasking) kerana inilah ciri-ciri yang dilihat oleh majikan di luar dalam diri fresh graduate. 

Pernah dengar tak orang cakap "pointer bukan segala-galanya?" huhu actually pointer penting juga untuk melayakkan kita disenaraikan dalam temuduga. Jadi, kita kena pandai seimbangkan antara belajar dan kokurikulum. U get me? dekat u belajar tak lama pun, macam yaya ni hanya 3 tahun jek. Jadi gunakan kesempatan yang ada ni untuk kumpul seberapa banyak pengalaman dan ilmu untuk digunakan di masa hadapan.

Ada yang tanya main blog ni tak buang masa ke?? so blogger jom argue hahaha. Buang masa ke main blog ni? main blog ni pun boleh kira mengasah bakat juga awak. Kita rajin menulis, review, share event lama-lama kita akan jadi biasa dalam bidang penulisan kot-kot boleh menghasilkan novel atau buku sendiri ke kan? huhu. Lagi satu menulis ni dapat bantu orang juga. Macam mana? tulislah pengalaman interview nanti korang tengok berapa view dia confirm ramai. 

Konklusinya, apa kaitan mahasiswa dan blogger ni? Kaitan nya adalah mahasiswa dan blogger sangat memerlukan antara satu sama lain. Pada yaya, yaya sangat galakkan generasi Y Z ni terlibat dalam dunia blogger, sebab dalam pemerhatian yaya generasi Y Z ni sangatla kurang membaca. Buktinya, boleh tengok bahasa yang digunakan dalam aplikasi WECHAT. huhu yaya install wechat sebab nak buat kajian terhadap generasi Y dan Z. Bila dah jadi blogger, of coz akan suka tulis dan akan jadi rajin membaca di blog blogger lain. :)

Sekian untuk hari ni, dah lama sebenarnya rindu nak tulis huhu. Selamat berhujung minggu.



Lots of love,
Yaya Yuki

No comments:

Post a Comment

sila tinggalkan komen anda :D