Wednesday, 10 August 2016

Sukacita Dimaklumkan Anda......

Assalamualaikum hai semua, dah lama yaya tak hapdate belog beberapa minggu ni agak sibuk dengan urusan kehidupan sikit. Urusan kehidupan tauu bukan urusan kahwin eh?? hiks ihiks. Keputusan UPU telah pun diumumkan pada 8 August 2016 bermula jam 12 tengahari iaitu 2 hari lepas. Tepat jam 12, yaya pun dengan eksited jari ketaq-ketaq ni hantar mesej untuk menyemak. Dalam masa lebih kurang 5 minit kemudian UPU, hantar mesej balik, masa ni yaya tak berani nak view dulu tengok dekat notification dulu. Sekali, nampak jek perkataan "Tahniah tu" Allahuakhbar menitis air mata yaya gembira sangat sebab yaya dapat kos yang yaya minta dan paling penting yaya dapat Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Alhamdulilah syukur, kalau yang pernah mengikuti kisah-kisah dekat blog Yaya ni, mesti ada terbaca Universiti impian yaya iaitu UKM. 

Alhamdulilah syukur pada Allah atas rezeki UPU :). Hampir 9 bulan dah berehat di rumah akhirnya Yaya Yuki kembali menjadi student balik. Rindu sebenarnya nak belajar dah lama rasanya tak pegang buku tak buat nota semua. hehe.

Yaya nak ucapkan tahniah kepada semua pelajar yang bakal melapor diri 28/8 ni. Belajar elok-elok. Semangat, target dan azam yang baru. Kepada yang tidak ditawarkan tempat jangan sedih-sedih ye. Pastikan anda sudah membuat rayuan di UPU. Pilih dan susun kos dengan betul. InsyaaAllah mudah-mudahan kita sama-sama akan masuk ke universiti dan mencapai cita-cita masing-masing. Good luck.

sekian, wasalam.

Thanks for readings,
Yaya Yuki

9 comments:

  1. Tahniah yaya. Belajar rajin-rajin tau :)

    ReplyDelete
  2. Congrats Yaya. All the best!

    ReplyDelete
  3. Tahniah sis... Singgah sebentar di sini.. Ambik angin jap sambil baca entri.. =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thankyouu sis shikin. :)
      hehe sila2 ambil angin dulu.
      free-free yaya hapdate entri baru.

      Delete
  4. tahniah..dpt jugak ukm.

    ReplyDelete

sila tinggalkan komen anda :D