Thursday, 18 August 2016

Persiapan Barang Keperluan ke Universiti

Assalamualaikum hai readers yang disayangi, hari ni yaya nak kongsikan senarai barang keperluan untuk ke universiti. Mesti sekarang ramai yang tengah sibuk membuat persiapan mudah-mudahan entri ini membantu dan memudahkan anda membuat persiapan.

 Gambar : Credit to Google

SENARAI PERTAMA :

Senarai pertama ini lebih kepada barang-barang yang berbentuk dokumen peribadi pelajar. Saya akan senaraikan di bawah :

1. Salinan kad pengenalan pelajar
2. Salinan slip SPM & STPM pelajar
3. Surat tawaran kemasukan ke universiti
4. Semua jenis sijil yang dimiliki oleh pelajar
5. Slip penyata gaji ibu bapa
6. Salinan sijil tamat persekolahan pelajar
7. Dokumen-dokumen lain yang berkaitan dengan akademik dan ko-kurikulum
8. Laporan pemeriksaan kesihatan / X-RAY
9. Gambar passport (4 keping ke atas)

*Simpan dalam fail untuk memudahkan kalian membawa dokumen ini ke sana sini*

SENARAI KEDUA :

Senarai kedua ini merupakan senarai pakaian yang perlu dibawa untuk ke universiti nanti.

1. Baju kurung yang cukup (antara 5 hingga 10 pasang) *untuk perempuan*
2. Baju melayu yang cukup (antara 5 hingga 10 pasang) *untuk lelaki*
3. Baju kemeja lengan panjang (3 helai dan ke atas) *untuk perempuan dan lelaki*
4. Baju kemeja lengan pendek (3 helai dan ke atas) *untuk lelaki*
5. Baju pyjama untuk tidur
6. Baju sukan (T-shirt putih lengan panjang atau pendek)
7. Baju T-shirt untuk kegunaan riadah petang
8. Baju basahan untuk kegunaan di dalam asrama/kolej kediaman
9. Kain sarung *untuk perempuan jika perlu sahaja*
10. Seluar sukan untuk kegunaan riadah petang
11. Seluar sukan untuk kegunaan aktiviti lasak
12. Seluar slack untuk ke kelas kuliah
13. Skirt panjang *untuk perempuan*
14. Skirt dalam *untuk perempuan*
15. Singlet dalam kaler hitam *untuk perempuan*
16. Selendang / tudung
17. Inner tudung
18. Stoking (lima helai ke atas)
19. Kasut untuk kegunaan ke kuliah
20. Kasut sukan
21. Kasut formal
22. Selipar tandas
23. Selipar untuk ambil air wudhuk
24. Kasut/selipar untuk kegunaan riadah/bersiar-siar/shopping
25. Apa-apa jenis pakaian/seluar yang bersesuaian.

*Pakailah pakaian yang sopan dan menutup aurat*

SENARAI KETIGA :

Senarai ketiga ini lebih kepada alatan mandian yang perlu dibawa oleh semua pelajar. Peasanan saya, bawalah alatan mandian ini dengan secukupnya bagi memudahkan kalian semua.

1. Sabun mandi
2. Shampoo
3. Pencuci muka
4. Ubat gigi / berus gigi
5. Bedak sejuk *jika perlu*
6. Ubat anti-jerawat *jika mahu*
7. Minyak wangi
8. Bedak badan / bedak muka
9. Lip Ice (bagi mengelakkan bibir kering)
10. Rexona untuk mengurangkan bau ketiak *penting!*
11. Alatan make-up *untuk perempuan sekiranya perlu sahaja*
12. Alatan untuk memakai selendang seperti kerongsang dan pin
13. Baldi / gayung
14. Berus untuk berus lantai tandas *jika perlu*
15. Alatan lain yang dirasakan perlu

*Bawalah dengan jumlah yang cukup*

SENARAI KEEMPAT :

Senarai keempat lebih kepada senarai alat tulis yang wajib dibawa terutamanya untuk ke kelas kuliah.

1. Pen (sekurang-kurangnya 12 batang)
2. Pensel (sekurang-kurangnya 6 batang)
3. Pensel warna (jika mahu dan jika perlu)
4. Pen warna warni (penting untuk menulis nota)
5. Highlighter
6. Correction tape / liquid paper
7. Pemadam / peraut / pembaris (secukupnya)
8. Stapler dan ink stapler
9. Pita pelekat dan gunting
10. Buku nota (secukupnya)
11. Kertas kosong (secukupnya)
12. Marker pen
13. Set geometri (jika perlu)
14. Calculator *wajib!*
15. Laptop *wajib!*
16. Charger laptop *wajib!*
15. Alatan lain yang berkaitan dan sekiranya perlu

*Bawalah dengan jumlah yang cukup*

SENARAI KELIMA :

Senarai kelima merupakan senarai penting untuk keselesaan, kemudahan dan kedamaian di dalam bilik asrama nanti.

1. Bagasi untuk menyimpan segala jenis pakaian
2. Beg sandang untuk pergi ke kuliah
3. Backpack untuk pergi ke kuliah
4. Handphone / tablet / gajet
5. Wallet
6. Kunci mangga yang kecil untuk kunci beg (penting untuk mengatasi kecurian)
7. Power bank *jika perlu*
8. Pewangi bilik
9. Plastik sampah
10. Tong sampah kecil
11. Rak buku yang bersaiz sederhana kecil
12. Fail
13. Cadar untuk tilam/katil
14. Karpet untuk keselesaan
15.Sejadah/ telekung/songkok
16. Radio *jika perlu*
17. Kudapan
18. Periuk belanga / lesung batu
19. Periuk nasi
20. Cerek air
21. Gelas / pinggan / mangkuk / sudu garfu
22. Tuala muka / tuala badan / tuala kecil / tuala besar
23. Sapu tangan
24. Lampu meja
25. Lampu katil
26. Ubat-ubatan (selesema, batuk, antibiotik dan demam WAJIB BAWA)
27. Minyak angin / minyak urut / minyak yang berkaitan dengan kesihatan
28. Pembalut luka
29. Jaket sejuk / sweater
30. Perhiasan untuk di dalam bilik
31. Al-Quran / Yaasiin
32. Bantal / selimut secukupnya

*dan lain-lain mengikut keperluan dan cita rasa masing-masing*

Selamat menjalani kehidupan baru di universiti. Set matlamat dan azam yang jelas untuk mencapai cita-cita yang diimpikan.
Sekian, terima kasih.

Love,
Yaya Yuki

3 comments:

  1. Ah, ni betul-betul buat saya rindu masa zaman nak masuk universiti! ;)

    ReplyDelete
  2. Masa nak masuk 'u' nie la mak ayah kita sibuk beli barang2, macam nak pindah rumah, serba serbi baru...

    ReplyDelete
  3. zaman ni dah berlalu buat diriku..huhuhu

    ReplyDelete

sila tinggalkan komen anda :D