Sunday, 29 May 2016

Tersentuh Hati Menonton Cerekrama "Maafkan Kami Cikgu"

Assalamualaikum hai semua selamat malam. Ada sesiapa yang tengok cerekrama tak semalam? Drama "Maafkan Kami Cikgu". Seriously, tersentuh hati melihat bagaimana dua beradik membesar dalam keadaan yatim dan ibunya cacat tidak mampu bekerja menyara keluarga dengan menjual nasi lemak.
Paling menyedihkan abang dan adik berkongsi uniform baju sekolah, beg sekolah serta kasut sekolah. Abang belajar di sesi pagi, selepas tamat waktu sekolah abang bergegas kembali ke rumah untuk menyalin uniform sekolah kemudian adik nya pula pakai dan pergi ke sekolah untuk sesi petang.

Part paling sedih apabila cikgu disiplin yang selama ni merotan si adik mengetahui punca adik selalu lambat ke sekolah.
Pengajaran yang dapat yaya simpulkan dalam drama ini ialah kemiskinan tidak menghalang kita untuk belajar dan berjaya di masa hadapan, kemiskinan lah yang akan membakar semangat kita untuk terus berusaha sehingga berjaya meningkatkan taraf hidup.
Hari ini, tidak dinafikan ramai ibu bapa diluar sana terlalu manjakan anak-anak mereka. Seawal usia 8 tahun sudah dimanjakan dengan gadget seperti Ipad dan sebagainya. Di usia terlalu muda dan mentah juga ibu tidak memantau aktiviti anak mereka pada hari ini. Hal ini tidak dinafikan lagi kerana banyak berlaku depan mata yaya sendiri. Kadang-kadang rasa sedih sangat jauh beza cara ibu bapa didik kita dahulu dan cara ibu bapa moden terkini. Ye betul, kita perlu mengikut perubahan arus teknologi tetapi anda perlu ingat tiada yang lama, tidak   akan ada yang baru.
"Anak-anak ini umpama kain putih suci dan bersih, ibu bapalah yang akan mencorakkannya"
sedikit perkongsian ini diharap dapat memberi "inspirasi" dan "sesuatu" kepada anda khusunya yang sudah bergelar "ayah" dan "ibu"
Terima kasih kerana sudi membaca.
Love,
Yaya Yuki 

1 comment:

  1. betul sangat tu kak, dah lain sangat didikan ibu bapa zaman sekarang dengan ibu bapa zaman dahulu :'(

    ReplyDelete

sila tinggalkan komen anda :D