Saturday, 14 May 2016

KLIA Terima Tetamu Istimewa

Assalamualaikum hai semua :). Korang tahu tak hari ni KLIA menerima tetamu istimewa iaitu kapal terbang terbesar di dunia singgah mendarat di KLIA. Antonov AN255 mendarat di KLIA kira-kira jam 8 pagi tadi waktu Malaysia untuk mengisi minyak.
Pesawat berkenan singgah di India (KRW) dan Turkmenistan (KRW) sebelum mendarat di KUL. Destinasi terakhirnya di Australia bagi menghantar generator elektrik seberat 117 tan di Perth
The Antonov  An-255 Mriya adalah pesawat kargo udara dibina oleh Rusia bermula tahun 1980. Mriya bermaksud "inspirasi" dalam bahasa Ukraine. ANN25 dilengkapi dengan 6 buah enjin turbofan, 42 tayar seberat 640 tan dan merupakan pesawat terbesar dan terpanjang pernah dibina oleh manusia.
Orang ramai juga tidak lepaskan peluang untuk melihat kapal terbang terbesar di dunia selepas berlepas untuk ke destinasi seterusnya. Aku tengok pun memang besar kalau ada kat KLIA ni confirm nak selfie dengan Pilot yang bawa The Biggest Aeroplane in the world ni. :)
Sumber : Facebook & Wikipedia
Thanks for reading.
Love,
Yaya Yuki

1 comment:

  1. besar kan, syoknye kalau leh tengok depan mata apatah lagi kalau leh naik kapal terbang tu

    ReplyDelete

sila tinggalkan komen anda :D