Wednesday, 20 April 2016

Fesyen Pakaian Muslimah Moden dan Terkini dari ZALORA

Assalamualaikum hai semua :) korang semua mesti pernah shopping di ZALORA kan?? haaa hari ni yaya nak review "Fesyen Pakaian Muslimah Moden dan Terkini dari ZALORA"
Perasan tak sekarang ni ramai wanita bertudung yang semakin bijak bergaya. Jika ingin dibandingkan dengan gaya wanita bertudung suatu ketika dahulu, kita dapat melihat perkembangan fesyen Muslimah yang meningkat dengan amat mendadak. Wanita bertudung kini diberikan lebih banyak pilihan pakaian fesyen Muslimah yang moden dan terkini. Antara trend-trend fesyen pakaian Muslimah moden dan terkini yang sering menjadi pilihan ramai hijabista adalah seperti berikut:
Dress Moden
Kini semakin banyak jenama yang menawarkan koleksi dress Muslimah atau maxi dress yang sesuai digayakan oleh wanita bertudung. Potongan yang labuh dan tidak terdedah membolehkan mereka mudah menggayakannya dengan koleksi hijab pilihan mereka. Koleksi dress ini sering digayakan untuk menghadiri majlis-majlis istimewa seperti undangan perkahwinan dan seumpamanya.
Maxi Kaftan
Selain dress Muslimah, kaftan merupakan alternatif kedua yang juga digemari ramai Muslimah. Selain potongan kaftan yang amat selesa dipakai, ia juga boleh digayakan oleh semua wanita tanpa mengira bentuk badan mereka. 
Blouse Muslimah
Begitu juga dengan koleksi blouse Muslimah yang kini sedang trending dikalangan para hijabista. Selain memakai baju kurung, mereka juga gemar menggayakan blouse Muslimah ini dengan padananan skirts labuh untuk gaya yang sempurna. 
Jumpsuits
Bagi Muslimah modern yang gemar bergaya unik pula, anda juga diberikan pilihan koleksi jumpsuits yang direka khas bersesuaian dengan pemakaian hijab anda untuk penampilan yang sopan seperti berikut.

Jom dapatkan koleksi pakaian muslimah moden dan terkini dari pelbagai jenama yang popular di Zalora sekarang! dengan harga yang berpatutan.

Love,
Yaya Yuki

2 comments:

  1. Assalammualaikum...

    Datang buat kunjungan Semula....

    Salam kenal dari saya ..

    ReplyDelete
  2. setakat ni xpenah lg shopping zalora

    ReplyDelete

sila tinggalkan komen anda :D