Monday, 7 March 2016

SPM, dan Keputusan Sambung Belajar. Diploma? Asasi? kolej? Matriks? atau STPM? PART 1

PART 1

Assalamualaikum semua :). First at all, Tahniah kepada adik-adik yang telah berjaya mendapat keputusan cemerlang dan lulus dalam peperiksaan SPM yang diumumkan baru-baru ini. Yang kurang cemeralng tak mau laa sedih-sedih sebab SPM bukanlah penamat zaman belajar ye dik. Bila dah keluar keputusan of coz dok pening pagi petang siang malam, penat fikir sebab tak tahu nak ambil kos apa di Universiti kan. Mesti ada juga yang pening sebab tak tahu nak masuk diploma ke? foundation? ke STPM ke?? kolej atau matriks? hwarrghhhhhh.


alololo jangan sedih jomm baca sedikit perkongsian dari saya sendiri tentang tips membuat pilihan yang tepat. 
dik, first at all, nak belajar ni dik........
Hati kena SADO.
Mohon rujuk dengan kaunselor dengan apa result yang korang dapat prefer pergi mana dan sesuai mohon kos apa? *Jangan sesekali main suka hati jari tuh dok pilih-pilih sebarang kos tanpa rujuk kaunselor atau semak syarat khas program. Ingat tuh. Tak memenuhi syarat khas program punca anda gagal mendapat tempat. Contoh kalau belajar sastera nak ambik kos doktor gigi memang tak sesuai adik-adiku sayang. Jadi, jangan pelik kenapa awak tak dapat tempat.
Semak sayarat dan sila rujuk kaunselor ye. Nak rujuk dengan akak pon boleh. InsyaaALLAH akak bantu email sahaja ke yayayuki96@gmail.com
haa. Kenapa Hati kena SADO ye. Yes bila awak semua dah google dok kaji sungguh nak sambung dekat mana kan, Contoh awak dah confident pilih STPM, ada strangerssss tell youuu that STPMM sangat-sangat susah gila nak mati tahap otak terbang. Of coz serta merta awak akan cakap "OMMGG tak jadi ah STPM" ye confirm mindset manusia selalunya begitu. 
Ni akak nak bagitahu Kolej ke Dip ke ? STPM ke Matriks Ke? semuanyaa susah dik kalau kau pemalas dok goyang kaki main FB 24 jam sehari buat nota tak mau. Memang susah. Belajar tak ada yang senang kalau pemalas tahap tak tahu laa nak tafsir macam mana huhu.
Cumanya, STPM, Asasi dan Matriks ni menang dia sebab dia ni FAST TRACK untuk ke DEGREE. Yes Fast Track. Apa yang dikatakan mengenai FAST TRACK ni.. nantikan pada post akan datang huhuhu.. nanti akak sambung lagi ye. banyak lagi nak cerita ni hihiks...

okay lah selamat malam semua.

Love,
YAYA YUKI

No comments:

Post a Comment

sila tinggalkan komen anda :D