Monday, 4 January 2016

Alhamdulilah. First Day Working. Tips untuk Interview

Assalamualaikum hai semua :). Alhamdulilah finally yaya dah dapat kerja :). haaa lupa nak cerita pengalaman kali pertama interview kerja. Actually ini bukan lah first time yaya interview, tapi untuk kerja office ni, ini lah yang pertama kalinya belajar cari pengalaman hehe. Kalau sebelum ni yaya banyak interview sebagai cashier apa lagi ek cikgu tadika, cikgu taska haaa itu jelaa. Kalau untuk interview pelajaran pulak, yaya banyak, eh tak adalah banyak hehe, cuma 2 kali sahaja dapat interview untuk Pengambilan Ipg 2014 dan 2015. Tapi, masih belum ada rezeki yaya. :( .

nanti free-free yaya akan kongsi pengalaman menjalani ujian fizikal dan interview di IPG :). Yaya faham masa yaya memula dapat dulu kan terus capai laptop and searchingggggg pengalaman orang-orang lain :).

okay teruskan story mory. Haaa masa yaya pergi interview tu, benda-benda yang yaya sediakan dengan pantas, kemas dan comel. Ehhh comel? ada ke sijil and file tu comel? hehehe.

Sebelum ke interview
1- Segala sijil-sijil yang berkaitan disusun elok dan kemas dalam clear folder
2- Resume (masukkan dalam clear folder letak bahagian depan sekali.

Semasa Interview
1- Mestilah cool dan relax.
2- Pakaian haruslah casual dan sopan.
3- Pastikan anda tidak gugup kita bercakap di depan bakal majikan anda.
4- cakap dengan bersungguh menyatakan bahawa kita memang berminat dengan jawatan yang ditawarkan.
5- Jujur.

masa yaya interview tu, bos yaya cakaplah macam ni " okay, so cik aliah ni memang fresh belum ada apa-apa pengalaman, "
jawapan yaya " ye saya encik, saya memang belum ada apa-apa pengalaman kerja dalam office ni, Tapi, seandainya saya diberi peluang untuk berkerja di sini. Saya tidak ada masalah untuk belajar-belajar benda-benda yang baru dan mulakan daripada bawah.

Selepas Interview
Tidak apa selain keep calm and pray :).

Untuk hari first yaya kerja ni, alhamdulilah everything was going well. :). semoga dipermudahkan untuk hari-hari yang seterusnya. amin.

okay korang sampai sini dulu ye. InsyaaAllah free-free yaya sambung lagi. Selamat malam. Thanks for reading.

love,
YAYA YUKI


5 comments:

  1. tahniah dah dapat kerja. do your best! :)

    ReplyDelete
  2. tahniah! nervous betul bila fikir pasal pergi IV ni

    ReplyDelete
  3. Semoga memjadi pekerja yang berkaliber ya yaya

    ReplyDelete
  4. tahniah, yaya.. All the best! :D

    ReplyDelete

sila tinggalkan komen anda :D