Thursday, 28 January 2016

Hilang 10kg selama 10 hari dengan?

Assalamualaikum hai semua :) lama dah yaya tak post entry kan. Yaya ada jek cuma banyak entry yang yaya hold dulu. ihiks. Haaa siapa kat sini yang dah terrrrroverrrrr weight. jangan susah hati sedih-sedih mai kita cuba menu ni ye.

Kalau nak kurus selain jaga makan, kena lah exercise sikit-sikit kan, yang paling penting minum air mineral banyak. Haa kalau malas sangat nak jogging kan, korang buat jek segala kerja dalam rumah pun exercise juga kan? berpeluh berbaldi-baldi hihik. Apa-apa pun good luck :)

"kesihatan adalah anugerah yang tidak ternilai dalam hidup kita, oleh yang demikian pelihara lah ia sebaik mungkin" - Yaya Yuki


salam sayang,
YAYA YUKI

Thursday, 21 January 2016

Order dari Printcious dah Sampai. Wahhhh!

Assalamualaikum hai semua :) Actually yaya baru sempat nak ceghita pasai Order Printcious dah sampai yeayy hehehe. Memang terbaik laaa servis cekap,cepat dan memang puas hatilah. Printcious buat delivery menggunakan SKYNET.com. Packaging pun sangatlah mengutamakan safety untuk barang yang kita beli supaya tidak berlaku sebarang kecacatan pada barang tersebut. 

Kepada masih yang tidak tahu tentang printcious. Let me tell you okay. Printcious yang membawa maksud percetakan yang BERHARGA menawarkan anda reka design sendiri dengan bentuk gambar atau text di hadiah seperti mini cushion, mug, puzzle, T-Shirt, Ceramic tile dan macam-macam lagi. Tinggal pilih dan design sendiri. Segalanya di hujung jari. Website printcious juga telah menyediakan alat untuk design hadiah anda dengan mudah dan mesra pengguna.


Yaya order ceramic tile yang yaya design sendiri. Cantik tak?? hehehe
 

 

 

Kepada sesiapa yang berminat nak buat macam yaya buat ni cepat-cepat segera klik sahaja banner di bawah ini untuk ke laman web Printcious. Selain ceramic tile anda juga boleh design di cushion, mug, puzzle dan macam-macam lagi hanya di Printcious. Dengan printcious anda mampu design mengikut citarasa anda tersendiri. 
 
Thanks for reading.

love,
YAYA YUKI

Giveaway Cash RM500 Jan 2016 by Emas Putih

Giveway January Cash RM500 by Emas Putih| Salam. Dijemput join GA uzu ni. GA pertama untuk tahun 2016. Sila tekan banner kalau nak join GA ini. Terima kasih.
[Tekan Banner Di Atas Untuk Join]
Ini ada satu produk baru yang membantu menghilangkan jerawat dalam masa 24 jam iaitu REFINITY Acne Hydrogel ! Ada 6 sebab kenapa anda perlu mencuba hilangkan jerawat anda dengan cepat iaitu :

1. PANTAS BERTINDAK
Formulasi Acne Hydrogel FOKUS pada rawatan jerawat dan bekas jerawat bagi menjadikan wajah anda kembali licin bersih berseri.

2. SENANG & MUDAH
Hanya sapu 2 kali sehari dan tunggu hasilnya. Cepat meresap dan kering tanpa rasa kesan minyak.
3. SESUAI UNTUK KULIT SENSITIF
Tidak seperti produk lain di pasaran, Acne Hydrogel diperbuat dari bahan herba Asli yang sangat efektif dalam rawatan jerawat dan bebas dari bahan kimia. Oleh itu, ia sangat sesuai untuk semua jenis kulit termasuk kulit sensitif.

4. PENGIKTIRAFAN
Diluluskan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (NOT151105679K) dan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PO-BMF-PPIM01407). Diyakini halal dan dijamin keberkesanannya.

5. 98% PENGGUNA BERPUAS HATI
Hampir 10,000 botol dijual setiap bulan dan hampir kesemua pengguna berpuas hati dengan kesannya. Setiap hari kami menerima testimoni positif dari pengguna.
Sesiapa yang berminat boleh dapatkan REFINITY Acne Hydrogel di http://refinity.com.my/ . Hilangkan jerawat anda semudah A B C dan sepantas kilat dalam masa 24 jam !!

Harga : RM70 sebotol / 2 botol RM130 *hargapromosi*

Giveaway January2016 Cash RM500 by Emas Putih disponser oleh Emas Putih , dan Refinity Malaysia. Terima kasih kerana join GA ini :)

Monday, 18 January 2016

Saya Perempuan, Tak Perlukan Simpanan, Tunggu Suami Sediakan Segala-galanya

Update sepintas lalu :). Dear gegirls, please take note and do it something for your future.- YayaYuki

 

love,
YAYA YUKI

Tuesday, 12 January 2016

Haram kerja di kedai fotostat

 XIFU NASER
HARAM tetap haram. Hukumnya jelas. Tetapi mindset haram kita tidak semudah itu. Ia adalah lebih tertakluk kepada satu wacana perdana agama (Mainstream Religious Discourse) yang mengawal cara seseorang berfikir tentang perkara haram yang perlu diketengahkan dan perkara haram yang perlu didiamkan.

Dr Maza telah menyindir mengapa pihak agamawan begitu taksub mengharamkan vape tetapi diam dalam isu bauksit yang lebih memudaratkan. Ini adalah kerana isu bauksit tidak termasuk dalam Mainstream Religious Discourse. Adalah religious berbincang mengenai hukum vape tetapi tidak religious untuk berbincang tentang hukum bauksit.

Soalan yang popular ialah haramkah saya kerja di tempat yang jual arak seperti 7-Eleven, Tesco dan sebagainya. Saya suka memberi respons yang membuka lebih persoalan supaya kita nampak masalah bukan secara zahir tetapi dari akarnya.

Saya tanya balik, “Adakah haram bekerja di kedai fotostat buku? Undang-undang memang membenarkan fotostat sebahagian daripada buku untuk tujuan akademik tetapi bukan seluruh buku.”

Respons yang biasa ialah, “Mengapa haram pula? Bukankah Islam galakkan kita menuntut ilmu! Bukankah membaca buku itu satu cara untuk menuntut ilmu? Takkanlah penulis begitu berkira. Pahala diberi kepadanya nanti!”

Respons di atas bukan sekadar tidak mengiktiraf keharaman fotostat buku tetapi ia adalah satu usaha penuh rela untuk merasionalisasikan perbuatan haram yang di luar Mainstream Religious Discourse sehingga perbuatan haram menjadi ‘biasa, harus, halal’. Perbuatan ini tidak perlu difikirkan, diketengahkan dan diharamkan.

Respons saya seperti berikut. Kalau kamu menulis buku dan syarikat menerbitkannya, apakah harapan penerbitan? Mungkin kamu inginkan pahala semata-mata, tidak memerlukan royalti. Tetapi jangan lupa apakah harapan syarikat?

Mungkin kamu akan kata bahawa ilmu tidak boleh dijual beli oleh syarikat swasta. Tetapi jangan pula lupa bahawa syarikat penerbitan mempunyai pekerja yang mempunyai keluarga seperti kamu.

Bagaimana periuk nasi mereka? Bila kamu fotostat sebuah buku, kamu telah merompak duit yang perlu digunakan untuk membeli susu bayi! Yang paling tragisnya ialah kamu guna buku itu untuk kegunaan diri kamu sehingga mendapatkan ijazah supaya kamu dapat hidup mewah kelak!

Bila kamu kerja di kedai yang fotostat seluruh buku, tidakkah kamu rasa berdosa setiap hari kerana begitu banyak buku kamu sudah rompak?

Saya juga akan menambah perencah dalam hujah saya. Kalau sebuah buku agama itu menggunakan hadis-hadis palsu, dan kamu fotostat buku itu dan kamu dapati ia akan disebarkan kepada orang ramai, adakah kamu tidak rasa berdosa besar? Manakah yang lebih haram di antara kerja di kedai yang jual arak dan kerja di kedai fotostat yang jual hadis palsu, berdusta atas nama Nabi Muhammad SAW sehingga merosakkan aqidah dan prinsip asas agama!

Isu di sini ialah mengapa wacana pengharaman di atas disenyapkan?

Mengapa tidak pula mempersoalkan kedai makanan ‘Islam’ yang menjual rokok? Bukankah ini menghina agama?

Manakah yang lebih memudaratkan kalau dibandingkan merokok dan makan babi? Bayangkan kedai makan ‘Islam’ yang sama itu menggantikan penjualan rokok dengan penjualan daging babi? Adakah respons Religious Discourse kita akan sama? Mengapa tiada agamawan yang ketengahkan isu jual rokok di kedai makan ‘Islam’ ini? Mungkin akan ada usaha merasionalisasikan merokok sebagai makruh sahaja.

Bahkan kita boleh fikir jauh lagi. Apakah hukum kerja di NGO dan parti politik yang menggalakkan rasisme, mengelirukan masyarakat tentang Islam sehingga maruah Islam tercemar? Manakah yang lebih memudaratkan antara mencemarkan maruah Islam dan menjual arak? Mengapa Mainstream Religious Discourse kita senyap?

Apakah hukumnya bekerjasama dengan parti politik yang mengamalkan rasuah berbilion-bilion secara berleluasa, terbuka dan tidak malu jika dibandingkan mereka yang berkhalwat di hotel-hotel secara tertutup kerana malu?

Isu haram bukan sekadar hukum tetapi ia adalah isu konsistensi dalam wacana pengharaman. Konsistensi ini hanya akan tercapai jika agamawan kita tidak menjadi lalang yang mengikut arus perdana tetapi berdiri atas prinsip bercakap benar walaupun pahit.

Sumber: 

Saturday, 9 January 2016

Review Printcious by Yaya Yuki (Precious Gift by Your Heart)

Assalamualaikum hai semua :) hari ni yaya nak tulis review tentang PRINTCIOUS. Dengan Printcious kini anda boleh dapatkan hadiah yang di"customade" mengikut citarasa anda sendiri untuk seseorang yang anda sayangi. Ianya sesuai dengan tagline dari Printcious iaitu " Precious Gift by Your Heart "

Bila kita sayang akan seseorang, kita mesti ada rasa nak beri sesuatu yang sangat berharga dan boleh menjadi kenangan yang terindah diantara kita dan "dia" pada majlis yang istimewa dan bermakna dalam hidup "si dia". Sebagai contoh Birthday, Convocation, atau pun wedding kawan baik ke, Hari lahir ibu atau ayah ke, Sempena hari ibu atau ayah atau hari guru, dan sebagainya boleh direalisasikan di http://www.printcious.com

Printcious yang membawa maksud percetakan yang BERHARGA menawarkan anda reka design sendiri dengan bentuk gambar atau text di hadiah seperti mini cushion, mug, puzzle, T-Shirt, Ceramic tile dan macam-macam lagi. Tinggal pilih dan design sendiri. Segalanya di hujung jari. Website printcious juga telah menyediakan alat untuk design hadiah anda dengan mudah dan mesra pengguna.

Antara services yang kita boleh dapati di printscious adalah seperti dalam gambar di bawah
Bahagian shop ini yang dah ready design. Kalau malas nak design sediri sebab takut tak cantik ke atau kurang keyakinan its okay jangan pening jangan risau keep calm and continue click-click pada shop ni cari yang berkenan di hati. Hasil tinjauan yaya ready design memang superb + comel + Rare  + cute. Kalau boleh semua sekali yaya nak beli hehe. Serius memang cantik.  
 

ini pula adalah senarai barangan untuk dijadikan hadiah yang kita boleh pilih dan design sendiri
jom tengok beberapa contoh yang yaya telah siap printscreen kan

yang ni yaya try design dekat cushion. Mudah sahaja pilih barangan yang anda suka dan pilih pada Customise it. Haa lagi satu, boleh pilih colour yang kita minat. Seronok kan? kalau yang suka pink tu jangan risau ada warna pink di sini.

Inilah hasil yang yaya try untuk dijadikan contoh betapa seronok dan eksklusifnya beli hadiah di http://www.printcious.com/
 
 
Kualiti Cushion berada pada gred A+
-100% Polyester
-boleh dibasuh
-Ukuran cushion : 40cm x 40cm
- ukuran print : 20cm x 20cm
 
Contoh kedua ni yaya cuba pada baju pula. Best kan?? anything yang terlintas dalam fikiran anda sama ada dalam bentuk text atau gambar boleh sahaja design di Printcious. 

 Kualiti baju berada pada gred A+
-100% Cotton
-Tidak akan mengecut atau koyak selepas dicuci
- Saiz : Unisex: S, M, L, XL, XXL
*******
 hasilnyaaa taraaa...
 We promise 100% satisfaction. If you don't absolutely love it, we'll take it back! - Printcious
 
Jadi, tunggu apa lagi, create account&login, design and SHOPPING sekarang di printcious dan dapat 20% discount sempena New Year promotion.
 
love,
YAYA YUKI

Thursday, 7 January 2016

MAA TAKAFUL CASH GIVEAWAY by Papaglamz

Assalamualaikum
MAA TAKAFUL CASH GIVEAWAY by Papaglamz | MAA Takaful berhad merupakan satu syarikat insurance yang telah lama bertapak di Malaysia. Simpanan bertakaful MAA adalah simpanan yang dilaburkan di dalam dana syariah, yang menepati segala aspek- aspek yang telah ditetapkan dalam islam. Dana ini juga dilindungi oleh PDIM yang menjaga institusi perbankan dan insurans sekiranya terjadi apa-apa kepada syarikat pelaburan.

Peningkatan kos sara hidup yang tinggi kadang kala memaksa kita untuk membuat persediaan keewangan awal bagi mengelakkan sebarang kemungkinan yang tidak diingini berlaku pada masa akan datang. Lebih-lebih lagi persediaan KOS PENDIDIKAN ANAK-ANAK masa kini. Mennyedari masalah ini, MAA Takaful dengan berbesar hati menghulurkan tangan kepada anda para Ibu Bapa bagi membimbing anda dalam merancang keewangan dari aspek pendidikan anak-anak anda. Dengan perancangan keewangan ini, anda bakal menerima sebanyak RM 25 930.00 dengan hanya penyimpanan RM 100 setiap bulan. Memang berbaloi. Untuk maklumat lanjut sila klik (DI SINI).


Bagi membantu anda mendapatkan maklumat terperinci tentang Pakej Pendidikan Takaful ini, boleh lah bertanya dengan mana-mana agent MAA Takaful ataupun bertanya secara personally dengan Encik Nizam di talian 0176338008 (call/whatsapp/telegram). Sudah pasti layanan istimewa akan diberikan. (Klik di sini kalau nak mengurat abang Nizam ni yer)

Anda semua inginkan barangan seperti Diari dan Cash khas dari MAA takaful? Jom join MAA TAKAFUL CASH GIVEAWAY by Papaglamz. Syarat-syarat seperti berikut:

Syarat-syarat:

1. Sila follow blog di bawah
2. Buat satu entri SEBIJIK macam entri ni siap dengan banner dan backlink segala bagai dengan tajuk MAA TAKAFUL CASH GIVEAWAY by Papaglamz. Nak mudah copy and paste coding kat bawah ni jer (WAJIB)

3. Dah sudah buat entri SEBIJIK macam entri ni, paste link URL entri dalam runagan komen di bawh ni.

Mudah kan? 3 step je. Tak banyak la. Hehehe

Hadiah yang bakal di menangi

Tempat pertama - RM50 + Diari Khas dari MAA
Tempat kedua - RM 30 + Diari Khas dari MAA
Tempat ke tiga - RM 20 + Diari Khas dari MAA
Saguhati 1 - Diari Khas dari MAA
Saguhati 2 - Diari Khas dari MAA
Saguhati 3 - Diari Khas dari MAA

Pemilihan pemenang adalah secara random by Random.org

Jangan lupa join tau. Sila la war-warkan pada yang lain. Tarikh Tutup Penyertaan adalah pada 31 Januari 2016.

**Senarai peserta akan di kemaskini dari semasa ke semasa.

With Love
Papaglamz

-sekian-

Give Away Bernilai RM500 by Nurfuzie & Mamalink

klik untuk join
Give Away Bernilai RM500 by Nurfuzie & Mamalink | Bersempena Tahun Baru 2016 dan Hari Lahir Cik EN pada 16 Januari nanti, cik en berbesar hati untuk mengadakan Give Away Bernilai RM500 by Nurfuzie & Mamalink yang akan berlangsung pada 4 Januari 2016 sehingga 31 Januari 2016. Hanya perlu mengikuti syarat syarat dibawah dan korang berpeluang menjadi salah seorang pemenang daripada 27 pemenang untuk merebut hadiah hadiah bernilai RM535.

Follow Blog Di bawah

Follow Page

Instagram

Bloglist

Hadiah? Mesti terlepas pandang ini, Cik en dah keluarkan awal ye. Boleh rujuk di bawah ini
Senarai Hadiah Hebat
Dah submit entry? Boleh rujuk di bawah ini pula
Senarai Peserta Hebat

Giveaway Welcome 2016 by Aku Bukan Innocent

بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


(klik banner kalau nak join sekali)

Giveaway Welcome 2016 by Aku Bukan Innocent dianjurkan oleh Mohd Noor Shawal dan dibawakan bersama-sama dengan Yuha Adie , Ct Roxalynna NH , Najwa Zahid , Masita Eyta & Nur Huda.

Tarikh Tamat : 15 Januari 2016

Segmen #BOTW 1.0 by Ombak Bergigi

Hai guys! Om buat segmen lagi. Korang nak join Segmen ni ? 10 blogger yang terawal layak ke pusingan seterusnya.

Korang tahu #BOTW? #BOTW ialah singkatan daripada Blog Of The Week.

Apa yang menarik?

KLIK BANNER UNTUK JOIN !.

Good luck :)

Monday, 4 January 2016

Alhamdulilah. First Day Working. Tips untuk Interview

Assalamualaikum hai semua :). Alhamdulilah finally yaya dah dapat kerja :). haaa lupa nak cerita pengalaman kali pertama interview kerja. Actually ini bukan lah first time yaya interview, tapi untuk kerja office ni, ini lah yang pertama kalinya belajar cari pengalaman hehe. Kalau sebelum ni yaya banyak interview sebagai cashier apa lagi ek cikgu tadika, cikgu taska haaa itu jelaa. Kalau untuk interview pelajaran pulak, yaya banyak, eh tak adalah banyak hehe, cuma 2 kali sahaja dapat interview untuk Pengambilan Ipg 2014 dan 2015. Tapi, masih belum ada rezeki yaya. :( .

nanti free-free yaya akan kongsi pengalaman menjalani ujian fizikal dan interview di IPG :). Yaya faham masa yaya memula dapat dulu kan terus capai laptop and searchingggggg pengalaman orang-orang lain :).

okay teruskan story mory. Haaa masa yaya pergi interview tu, benda-benda yang yaya sediakan dengan pantas, kemas dan comel. Ehhh comel? ada ke sijil and file tu comel? hehehe.

Sebelum ke interview
1- Segala sijil-sijil yang berkaitan disusun elok dan kemas dalam clear folder
2- Resume (masukkan dalam clear folder letak bahagian depan sekali.

Semasa Interview
1- Mestilah cool dan relax.
2- Pakaian haruslah casual dan sopan.
3- Pastikan anda tidak gugup kita bercakap di depan bakal majikan anda.
4- cakap dengan bersungguh menyatakan bahawa kita memang berminat dengan jawatan yang ditawarkan.
5- Jujur.

masa yaya interview tu, bos yaya cakaplah macam ni " okay, so cik aliah ni memang fresh belum ada apa-apa pengalaman, "
jawapan yaya " ye saya encik, saya memang belum ada apa-apa pengalaman kerja dalam office ni, Tapi, seandainya saya diberi peluang untuk berkerja di sini. Saya tidak ada masalah untuk belajar-belajar benda-benda yang baru dan mulakan daripada bawah.

Selepas Interview
Tidak apa selain keep calm and pray :).

Untuk hari first yaya kerja ni, alhamdulilah everything was going well. :). semoga dipermudahkan untuk hari-hari yang seterusnya. amin.

okay korang sampai sini dulu ye. InsyaaAllah free-free yaya sambung lagi. Selamat malam. Thanks for reading.

love,
YAYA YUKI


Saturday, 2 January 2016

Segmen Awak Orang Mana?

Assalamualaikum semua :) ada sesiapa yang masih segar lagi matanya? masih belum mengantok lagi?. Apa kata Jom join segmen "Awak Orang Mana" dari Blog Rrai. Click banner untuk join ye.
http://bajuwarnacoklat.blogspot.my/2016/01/segmen-awak-orang-mana.html
Saya YAYA YUKI dan Saya orang BATU PAHAT, JOHOR. Samalaa kita Rrai Johorean.
emm yaya pilih 2 warna boleh rrai? Yaya pilih Pink dan Biru. 

yaya tinggal dekat Pekan Senggarang. Kenapa nama Senggarang?? menurut cerita orang orang tua suatu ketika dahulu dekat sungai senggarang tu ada buaya yang sangat garang lalu orang pekan mengelarnya sang garang, sang garang. bila sebut lelaju lama-lama jadilah senggarang. 

Pekan Senggarang terletak berdekatan dengan bandar Batu Pahat, Pekan Parit Raja (ada UTHM) , dan Pekan Rengit. Apa yang istimewa dengan tempat tinggal yaya ni ?? haaaa dekat senggarang ni ada Pantai Sungai Lurus yang terkenal dengan menu kerang bakar. Kalau datang sini jemputlah menikmati kerang bakar.

segmen ini akan tamat pada- 22/1/2016. Jom join and good luck.

Friday, 1 January 2016

Throwback Menang Giveaway sepanjang tahun 2015

Assalamualaikum semua :) harapnya yaya belum terlambat untuk wish korangs Selamat Tahun Baru 2016. Semoga tahun 2016 ini dilalui dengan lebih baik dari tahun sebelumnya. hehe jadi first entry Yaya tahun 2016 ini ialah nak mengimbas kenangan menang giveaway sepanjang tahun 2015.

1. Fridge Magnet dan Shiseido dari Blogger dr. Shikin (Segmen mari berkenalan)

Cantik kan fridge magnet tu? :). Shiseido yaya dah guna hehe best sangat licin jek kulit. Terima kasih. 

2. Shawl dari blogger. Maaf yaya tak ingat siapa gerangan nya. Maaf sangat-sangat. Tapi yaya suka sangat shawl ni cantik. Terima Kasih


3. Buku Motivasi. Kalau yaya sedih yaya selalu baca buku ni. Recommended untuk para wanita.
 Terima kasih kepada yang beri yaya buku ni :). Maaf sangat-sangat yaya tak ingat siapa bloggernya

 
4. T.up RM 5. dari Blogger hehe sorry yaya terlupa dah. Tapi terima kasih banyak-banyak.

5. Cash rm10 dari Giveaway Syira Lokman. Terima kasih.

6. Haa, ini antara hadiah yang paling banyak yaya dapat tahun 2015 yang datang dari Blogger Kak Ros sempena yaya menang Segmen Graduation Day by Blogger Rrai.

Terima kasih kepada Rrai sebab pilih ucapan yaya sebagai pemenang hadiah pilihan. dan masa itu yaya pilih hadiah ini yang disponsor oleh Blogger Kak Ros.

Sepatutnya yaya hanya dapat sehelai sahaja tudung + lipbalm + Shaklee. Tapi Kak Ros bagi yaya 2 helai tudung. Terima kasih Kak Ros. Yaya suka semua hadiah ni. Shaklee tu yaya dah habis makan makin Flawless dah yaya Kak Ros hehe. sesiapa yang nak beli Shaklee boleh laa beli dari Kak Ros :)

7. Menang T.up rm 10 dari Blog Cik Akak -http://sweetyzhanieyz83.blogspot.my/
Terima kasih.

8. Yang terakhir adalah menang Buku Diari 2016 dari Blogger Sofie. Yeayyy. terima kasih blogger sofie yaya suka kumpul notebook cecomel ni. 

yaya akan sokong semua segmen dan giveaway yang dianjurkan oleh Blogger. Bila ada kelapangan masa yaya cuba sebolehnya sertai kesemuanya. Sebab yaya rasa inilah salah satu cara merapatkan ukhwah antara blogger. InsyaaAllah ada rezeki yaya nak buat first Giveaway by Yaya Yuki. hehehe. Sebab yaya tak pernah lagi anjurkan giveaway. Ini Plan yaya. Mudah-mudahan dapat dilaksankan. 

Kepada semua Blogger yang dah pernah beri yaya hadiah. Yaya ucapkan jutaan terima kasih. Semoga dimurahkan rezeki yang melimpah ruah. Amin. 

dan sempena kedatangan 2016 ini yaya harap dapat mengeratkan lagi ikatan sesama blogger. yaya semakin rajin hapdate belogg yaya ni, nak sambung tulis cerpen. apa lagi ek? haa rajin BlogWalking, click-click nuff, dan Follower belog yaya cecah 700 orang hehehehe :) kalau boleh nak 1000 followers huuuu boleh tahan tamak yaya ni kan emm hehehe., tak apa pelan-pelan promote belog yang tak seberapa sangat ni :)

kepada adik-adik yang bakal bersekolah. Selamat kembali ke sekolah. Belajar rajin-rajin jangan sia-siakan waktu bersekolah ni sebab bila dah tak sekolah nanti korang akan rindu zaman sekolah macam apa yang kakak yaya rasa sekarang ni hehe. 

okay sampai sini jek dulu. yaya haus dah hehehe. selamat tahun baru 2016 semua.

love,
YAYA YUKI