Wednesday, 2 December 2015

Aku Nyaris jadi Jutawan Muda..

Assalamualaikum semua. Pagi ni jiwa aku terseksa betul. Begini kisahnyaa... bangun jek pagi tadi lepaih balik dari jogging apa lagi ngadap laptop laaa hadap blog tu haaa sambil-sambil tu pun aku bukak laa email, cek kot laa ada email penting ke orang nak offer kerja ke kan. Sat lagi, aku terima satu email dari CIK *** yang memberi arahan kepada aku untuk jadi pewaris kepada seseorang yang telah lama meninggal tetapi dalam akaunnya ada sejumlah wang yang besar. Bukan Ringgit uoolsss tapi USD. Dia nak aku jadi perwaris sebab orang tu tak ada pewaris.
Duit kan sapa tak suka hahaha? blink-blink laaa terus mata aku lantas mencapai kalkulatorrrr dan mengira jika didarabkan dengan pertukaran asing dapat berapa? sungguh ku tamak haloba hahahha siapa tak nak dapat duit bebanyak tanpa penat-penat hahahaha.

Tapi Alhamdulilah aku masih waras lagi untuk berfikir, cuba engkorang fikir logik, kan jumlah dia banyak kan, bak kata orang 7 keturunan kau makan tak habis, tak payah kerja lagi hahahhaa. Aku rasa 10 keturunan pon tak habis kot. hahahaha!. Kalau betul kan kenapa tak orang tu jek yang ambil duit wei duit siapa tak nak. Dengan duit semua benda kita boleh dapat kan hahahhaha. haa Asal dia tak ambik? asal? kenapa nak suruh aku pulak yang ambik? nampak beno dah nipunyaaa tu
INI SEMUA POYOOOO.. Jangan dera emosi aku plisshh aku dah lama kot berangan-angan nak jadi jutawan dengan cara mencipta kosmetik sendiri ahaks :D Yaya Yuki Peloles Skincare :D. Konklusinya, aku malas nak reply email p lantak sana. Pergi email orang lain sana, jangan kacau email aku, huhuhuhu sakit hati kita, asyik terbayang jek kalau laaa betul kan, gila seronok setiap negeri dalam Malaysia ni akan ada outlet yaya yuki sebesar-besar alam ahaks. :D

Okay engkorang kat luar sana, jangan cepat perdaya dengan email okay. Sekarang ni memacam orang ada. OK. Thanks for reading!

6 comments:

  1. Saya pun dapat email dri zaiton tuh. Katanya nak bagi duit.

    ReplyDelete
  2. macam-macam orang zaman sekarang ni mau but onar.. huhu

    ReplyDelete
  3. Ada juga dapat e-mail dia minta tolong sumbangan duit sebab bisnes dia dah nak lingkup...tak beranilah layan benda macam tu.. XD

    ReplyDelete
  4. e'in selalu dpt email mcm nie awak.. bebaik taw.. nie sume taktik nak masuk dlm akaun bank kite..

    ReplyDelete
  5. scam nie....jujur la sgt nak bagi duit dekat orang....ini semua poyo.. hehehe

    ReplyDelete

sila tinggalkan komen anda :D