Tuesday, 17 November 2015

Jawatan Kosong Terkini!!

Sukacita dimaklumkan Jabatan Perpaduan Negara Dan Integrasi Nasional Negeri Johor mempelawa warga Malaysia yang yang berkelayakan dan memenuhi kriteria yang ditetapkan untuk mengisi kekosongan terkini sebagai:

1. Guru Tabika Perpaduan S27
Jenis Jawatan: Kontrak
Tawaran Gaji: RM 1362.00 – RM 5092.00
Imbuhan tetap perumahan (ITP) RM 300.00
Imbuhan tetap khidmat awam (ITKA) RM 160.00
Bantuan sara hidup (BSH/COLA) RM 250.00

Syarat Kelayakan:
a) Warganegara Malaysia
b) calon lantikan hendaklah berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup permohonan
c) Pemohon hendaklah memiliki sekurang-kurangnya kelulusan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) dengan syarat-syarat seperti berikut:
i) Lulus sekurang-kurangnya 3 mata pelajaran atas Gred C dengan NGMP 2.00 daln lulus Pengajian Am (sekurang-kurangnya atas Gred C dengan NGMP 2.00) dalam satu peperiksaan STPM.
ATAU
ii) Lulus dua (2) mata pelajaran dan lulus Pengajian Am (sekurang-kurangnya atas Gred C dengan NGMP 2.00) dalam satu peperiksaan STPM dengan syarat kedua-dua mata pelajaran yang lulus itu mestilah sekurang – kurangnya mendapat:
• Gred B dan B (NGMP 3.00 dan 3.00); atau
• Gred B+ dan B- (NGMP 3.33 dan 2.67); atau
• Gred A- dan C+ (NGMP 3.67 dan 2.33); atau
• Gred A dan C ( NGMP 4.00 dan 2.00)
ATAU
iii) Lulus sekurang-kurangnya 2 mata pelajaran atas Gred C (NGMP 2.00) dan 2 mata pelajaran atas Gred C-, D+ atau D (NGMP 1.67, 1.33 atau 1.00) serta lulus Pengajian Am (sekurang-kurangnya atas Gred C dengan NGMP 2.00) dalam satu peperiksaan STPM.
ATAU
iv) Lulus sekurang-kurangnya 4 mata pelajaran yang berlainan atas Gred C (NGMP 2.00) dan lulus Pengajian Am (sekurang-kurangnya atas Gred C dengan NGMP 2.00) dalam STPM yang dikumpulkan dalam 2 peperiksaan dalan tempoh 3 tahun berturut-turut.
ATAU
d) Memiliki Diploma daripada Institusi Pengajian Tinggi yang diiktiraf oleh Ketajaan Malaysia.
e) Keutamaan akan diberikan kepada calon-calon yang memiliki Diploma dalam bidang Pendidikan Awal Kanak-kanak atau yang berkaitan

Sumber : http://jawatan.co/guru-tabika-perpaduan/

Untuk Memohon sila ke Pautan ini :

No comments:

Post a Comment

sila tinggalkan komen anda :D