Friday, 27 November 2015

Di Saat Hati Rasa Ingin Membenci Kawan Sendiri

Assalamualaikum semua :) korang pernah tak rasa benci dengan kawan-kawan engkorang ?. Ini cerita yaya. Since dah berbeza tempat belajar ni kan korang amat laaa terasa hati deep gila kalau geng jemah korang masa dekat sekolah rapat dari darjah 1 sampai tingkatan 5 lepak tak ajak, lepas tu hapdate dekat insta, tweet mana semua lah dia hapdate. geram wei! aku pun rindu geng jemah jemon tuh!emmmm . How dare korang? kalau setakat sekali tak apa kalau dah banyak kali, of coz hati kau akan mula berprasangka segala macam punya assume emm emm..sampai satu tahap tu tetiba aku mula rasa benci pulak dengan kengkawan lama aku ni.!! 
haiiippppp JANGAN DIDIK HATI DENGAN RASA BENCI KORANG BAHAYA.


Jadi Di Saat Hati Rasa Ingin Membenci Kawan Sendiri cuba korangs ingat balik masa sekolah dulu of coz geng kawan baik kau ni ada tolong kau! jangan tipu mesti ada. kadang-kadang bila kau tak sempat siapkan homework kawan baik kau nilah dok payung kan jawapan kalau tak sah-sah buku kau dah melayang ke koridor kelas tu ye. Ingat balik di saat duit tertinggal, kawan kau tu yang dok payungkan bekal dia share-share dapat lah sorang sikit janji kita tak lapar.

Apa yang cuba sampai kan di sini ialah jangan sesekali didik hati kita ni dengan SIFAT BENCI. Hati ni umpama raja, Bila kita manjakan hati kita ni, automatik dia akan kuasai diri kita, fikiran kita dan yang paling scary gila hati akan kuasai akal kita. Ini dah tahap paling worst kalau kancer dah stage ke 4 dah. Haaaa. 

Pengajaran nya ialah: " Biar AKAL yang mendidik HATI, Bukan HATI yang mentadbir AKAL"

sekian dari saya, YAYA YUKI :). Thanks for reading!

2 comments:

  1. betol, setuju sgt, apapun pikir dlu sebelom benci, guna akal sehabis baik ^^

    ReplyDelete
  2. betul.. kadang-kadang ada juga timbul rasa geram dan sakit hati dekat kawan.. tapi cepat-cepat istighfar.. hee

    ReplyDelete

sila tinggalkan komen anda :D