Tuesday, 17 November 2015

Contohi Cara Dato dan Datin Terlajak Laris Mendidik Anak Mereka #Terbaik #Respect

Assalamualaikum semua :) parents abad 21 ni, selalunya terlampau manjakan anak-anak dengan gadget. Kadang-kadang yaya perhatikan baru darjah 2 dah dapat iphone ada ipad. Aduduh Yaya dulu kecik-kecik apa yang ada cuma buku kaler-kaler je.

oleh yang demikian yaya tertarik dengan cara Dato dan Datin membesarkan anak-anak mereka.
Ibu Ayah yang muda mudi sekalian jom baca...

 

1. Dato dan datin tak pernah bagi hp, tab, gajet kpd anak-anak. Jadual ank-anak penuh dengan masa belajar bahasa cina, india, english, mengaji dan lain-lain. Masa lebih yang ada akan diluangkan bersama keluarga.

2. Anak-anak dibolehkn menonton tv hanya pada Hari Sabtu dan hanya 2jam sahaja.

3. Setiap kali makan di rumah akn mkn bersama2 duduk di lantai (bentang tikar), senang suap menyuap. Meja hanya sebagai syarat ade dalam rumah (kadang-kadang orang guna untuk berlakon).

4. Dato pergi kerja bawa bekal dan wajib utk anak-anak bawa bekal juga. Isteri yg masak, bibik hanya membantu. Sebab Dato percaya air tangan seorang ibu kepada anak-anak sangat bagus.

5. Anak-anak sekolah swasta. Dato hanya bagi duit belanja RM2 klu nk beli aiskrim/ape2. Sedangkn ibu bapa kepada kawan-kawan anak-anaknya bagi rm10/hari.

6. Dato akan bawa anak-anak ke rumah anak yatim 2 bulan sekali utk anak-anak tidur di sana dan rasai sama-sama kehidupan susah senang anak-anak yatim yang tiada ibu bapa dan tengok sendiri perasaan mereka bila terima sumbangan.

7. Dato akan pastikn anak-anak tahu rasa susahnya nak cari duit. Latih anak-anak alami sendiri. Bila ank-anak dah besar kalau nak kereta kena rasa dulu jadi pekerja stor dan ujian-ujian dari Dato.

8. Masalah bila anak-anak berkumpul dgn sepupu-sepupu mereka atau bila berada dalam family besar ialah mereka akan persoalkn tiada mainan itu ini, tiada gajet. Sebab Dato tak nak train ank dgn kemewahan dan mudahnya kalau nak dapat sesuatu.

9. Dato percaya..anak-anak yg berkualiti, bagus datangnye dari didikan ibu bapa. Ibu bapa yg pertama dlm kehidupn ank-anak. Guru-guru sekolah itu yg ke2. Bukan kita suh guru-guru 100% didik ank kita. Kita cuma usaha sekolahkn anak-anak dengan bagus.

10. Datin percaya setiap ank-anak ade kelebihan dan kekurangan. Jadi jgn pilih kasih pada anak-anak.

  Kredit : Zah Efa

Yaya memang salute kepada parents masa kini yang tak bagi gadget pada anak-anak. Semoga dapat praktikan cara ni untuk mendidik anak-anak anda.

Thanks For Reading!

1 comment:

  1. wahh lepas baca entry ni memang jadi respect terus kat dato and datin ni.. bukan senang kan nak mendidik anak.. ina tengok parents ina pun, rasa macam susah sgt nak didik anak and terfikir mcm mana la bila turn ina nnt

    ReplyDelete

sila tinggalkan komen anda :D