Friday, 6 November 2015

Cara Awal Mengesan Breast Cancer.

Assalamualaikum kepada semua rakan-rakan Bloggers Yaya Yuki. Okay, hari ni aku tergerak hati untuk berkongsi tentang Cara Awal Mengesan Breast Cancer. As we know, kanser payudara antara pembunuh utama wanita di dunia. Oleh yang demikian, mari kita ambil langkah drastik dengan membuat pengesanan awal. Sumber diperoleh daripada Wanista.com 
Simptom
1) Perubahan terasa pada sekitar payudara dan puting.
2) Puting dan payudara kelihatan membengkak dan menebal.
3) Perubahan pada tekstur kulit atau pori kulit pada bahagian tersebut kelihatan terbuka lebih besar.
4) Ketulan yang muncul di bahagian bawah lengan. Namun, tidak semua adalah tanda awal kanser.
5) Perubahan pada saiz atau payudara anda.
6)  Payudara kelihatan mengecut lebih-lebih lagi apabila mengecut pada satu bahagian sahaja.
7) Simetri payudara kelihatan berbeza dari sebelumnya. Wanita sememangnya memiliki payudara yang berbeza saiznya. Andainya perbezaannya terlalu ketara digalakkan  melakukan pemeriksaan doktor.
8) Payudara atau disekeliling puting menjadi kemerehan atau membengkak.

Cara melakukan pemeriksaan payudara di rumah.

1. Mulakan dengan memerhati payudara anda di depan cermin dengan postur bahu menegak dan meletakkan lengan anda di atas tulang pinggang. Perhatikan dari segi saiz, bentuk, rona dan segera mengesan terus bengkak di bahagian payudara. Jika anda mengenalpastu  sebarang kelainan pada payudara anda spt kemerahan dan pembengkakkan adalah lebih baik untuk terus berjumpa doktor.

2. Angkat kedua-dua belah tangan dan lihat perubahan yang sama.

3. Tatkala anda berada di hadapan cermin, perhatikan sebarang tanda cecair yang keluar dari sebelah atau kedua-dua belah puting. Ianya mungkin air, susu, cecair kekuningan atau darah.

4. Melakukannya dalam keadaan berbaring, menggunakan tangan kanan anda untuk memeriksa payudara di sebelah kiri dan seterusnya di sebelah kanan. Lakukan secara perlahan-lahan dengan lembut. Rapatkan jari dan lakukan pemeriksaan di bahagian payudara dalam pergerakkan yang membulat. Periksa keseluruhan payudara lebih-lebih lagi di bahagian bawah lengan.

5. Last sekali, lakukan pemeriksaan yang sama seperti langkah 4 tetapi dengan postur berdiri atau duduk. Ramai wanita mendapati ianya lebih mudah untuk memeriksa secara terperinci payudara apabila kulit dalam keadaan basah dan licin. Jadi, ramai wanita yang suka melalukan pemeriksaan ini ketika mereka mandi.
 

Jom sama-sama kita mulakan cara mengesan breast cancer agar terhindar dari menghidapnya. Mudah-mudahan kita dijauhkan dengan penyakit seperti ini. Amin.

Saya Blogger Yaya Yuki prihatin dengan masalah wanita.

Thanks For Reading!

No comments:

Post a Comment

sila tinggalkan komen anda :D