Sunday, 29 November 2015

JOM SHOPING DENGAN PS IKEA PERLIS

http://ekinrazallibisnes.blogspot.my/2015/11/like-dan-menang-hadiah-misteri-rm1000.html 

Click Banner untuk join :). Good Luck

HADIAH MISTERI X 10 PEMENANG
HADIAH KASUT X 4 PEMENANG WANITA BERTUAH
BEAR X 2 PEMENANG
SLIM7D UBAT KURUS X 1 PEMENANG
VIETNAM MAS X 2 PEMENANG
TARIKH TUTUP : 30 DISEMBER 2015

Friday, 27 November 2015

Di Saat Hati Rasa Ingin Membenci Kawan Sendiri

Assalamualaikum semua :) korang pernah tak rasa benci dengan kawan-kawan engkorang ?. Ini cerita yaya. Since dah berbeza tempat belajar ni kan korang amat laaa terasa hati deep gila kalau geng jemah korang masa dekat sekolah rapat dari darjah 1 sampai tingkatan 5 lepak tak ajak, lepas tu hapdate dekat insta, tweet mana semua lah dia hapdate. geram wei! aku pun rindu geng jemah jemon tuh!emmmm . How dare korang? kalau setakat sekali tak apa kalau dah banyak kali, of coz hati kau akan mula berprasangka segala macam punya assume emm emm..sampai satu tahap tu tetiba aku mula rasa benci pulak dengan kengkawan lama aku ni.!! 
haiiippppp JANGAN DIDIK HATI DENGAN RASA BENCI KORANG BAHAYA.


Jadi Di Saat Hati Rasa Ingin Membenci Kawan Sendiri cuba korangs ingat balik masa sekolah dulu of coz geng kawan baik kau ni ada tolong kau! jangan tipu mesti ada. kadang-kadang bila kau tak sempat siapkan homework kawan baik kau nilah dok payung kan jawapan kalau tak sah-sah buku kau dah melayang ke koridor kelas tu ye. Ingat balik di saat duit tertinggal, kawan kau tu yang dok payungkan bekal dia share-share dapat lah sorang sikit janji kita tak lapar.

Apa yang cuba sampai kan di sini ialah jangan sesekali didik hati kita ni dengan SIFAT BENCI. Hati ni umpama raja, Bila kita manjakan hati kita ni, automatik dia akan kuasai diri kita, fikiran kita dan yang paling scary gila hati akan kuasai akal kita. Ini dah tahap paling worst kalau kancer dah stage ke 4 dah. Haaaa. 

Pengajaran nya ialah: " Biar AKAL yang mendidik HATI, Bukan HATI yang mentadbir AKAL"

sekian dari saya, YAYA YUKI :). Thanks for reading!

Giveaway Bawal Crepe From Muja & Huda

Click Banner untuk join ye. Good luck. :)
http://nuurhuudaa.blogspot.my/2015/11/giveaway-bawal-crepe-from-muja-huda.html

Giveaway Poskad Vintage (Bahasa Jerman)

http://jindrisska.blogspot.my/2015/11/give-poskad-vintage-bahasa-jerman.html


 Click banner untuk join. Good luck :)

Misi kembara Si Citam

kembara 

 Jemput join. Click banner untuk join ye. Good luck :)
Tamat 8/12/2015

Thursday, 26 November 2015

Cara Mudah Printscreen Keseluruhan Blog

Assalamualaikum semua :) okay hari ni yaya nak share tutorial macam mana nak Printscreen keseluruhan blog? ada tak yang pernah teringin nak printscreen keseluruhan blog? haa mai sini baca ni. Actually yaya nak tanya korang macam mana new look blog yaya ni? okay tak? ke ada yang sakit mata sebab warna turqoiseeee kat belakang tu over hijau nyaaa ouuchhhhh ihihihiks :D. kalau ada yang tak kena yang menganggu mata korang tu bagi tau yaya ye.

apa yang kurang dekat blog yaya ni ek? lagu? emm emm sebenarnya bukan tak nak letak lagu tapi risau kot laa pukul 3 pagi dok blogwalking bukak blog yaya dengan speaker laptop 100% keluar pulak lagu "bank, bank, bank bank, tanya tanya tanya... " lagu apa ni? hahaha kpopers tahu laa. Opps sorry iolls bukan kpopers okay cuma hadek-hadek rajin dengar so aku jadi hafal dah. ahaks. Mau taknya terperanjat sampai melambung ke bumbung jatuh balik golek-golek haha (okay ni tipu) sebenarnya takut korang terkejut dan menganggu ketika membaca. ^^

Macam mana nak printscreen ni kakak yaya ? asyik membebel jek dari tadi ihiks sorry.

dan tekan "add to firefox. Opps sebelum tu maaf ya, tutorial untuk firefox users je. :) 

then, lepas dah siap tu tekan jek install dan restart firefox.

Second : bukan blog sahaja tau apa-apa sahaja yang nak diprintsreen bukak page berkenaan dan right click "save page as image"


Third : tekan jek 'select all' tu and then copy, kemudian pastekan di words ke paint ke pon boleh.


Taraaaa.......... hehehhehehe dah jadi.  Cubalah cubalah :) Good Luck :)



Thanks for readings :) 

Wednesday, 25 November 2015

How would you protect the ones you truly love?

Assalamualaikum semua :)


How would you protect the ones you truly love?


bagaimana anda menjaga sesuatu yang amat anda sayangi? contoh kalau kita sayang dengan iphone 6s plus kita baru beli lagi-lagi dapat pulak warna golden rose. Mesti korang pergi beli handphone protect yang paling terbaik sampai kalau iphone6splus tu jatuh pun tak jadi apa-apa kan? okay itu handphone. Macam mana pula dengan orang yang kita sayang? macam mana nak protect ibu, ayah, adik beradik? suami? isteri? anak-anak?







Mestilah dengan Zurich Insurance kerana Zurich tahu apa yang kita perlukan untuk lindungi orang yang kita sayang. Jom sertai #ProjectTrueLove dan anda mampu memenangi pelbagai hadiah yang lumayan.



Macam mana nak join?


Click link http://www.protecttruelove.com



customize kunci anda dengan masukkan dua nama orang yang anda sayangi beserta tarikh yang bersejarah dalam hidup anda dari 16 November hingga 6 disember 2015 untuk melambangkan cinta anda kepada orang yang anda sayangi. Kunci ini akan terukir di #ProtectTrueLove di Jalan Bukit Bintang.

Nyatakan #ProtectTrueLove pada pandangan anda dalam lingkugan 1000 patah perkataan. Anda juga boleh menghantar sebanyak 3 gambar bersama-sama dengan cerita anda.


Kemudian, isikan maklumat yang diberikan, hantar penyertaan dan anda berpeluang memenangi hadiah yang lumayan.



Hadiah

Grand Prize: Travel Voucher Worth RM5,000.00

Second Prize: iPhone 6s X 2 (RM3,200.00 each)

Third Prize: RM500 Cash X 10

Consolation Prize: Zurich Merchandises X 100 



Jom sertai :) dan good luck.

Mini Giveaway YanieYusuf.com


Click banner untuk join. Good Luck :) 
Tamat : 30/11 

ZyraRoxx's Mini Giveaway: Buasir Otak the Komik

 
Assalamualaikum semua :) hokay siapa peminat setia komik? Jom lelaju join giveaway oleh ZyraRoxx. Tarikh tutup penyertaan: Rabu 9 Disember 2015 11.59 P.M. Good luck :) Click banner untuk join ye.

Giveaway by mrsfara bernilai RM329


Click Banner untuk join. Good Luck :)

Sunday, 22 November 2015

Mini Giveaway by Myra & Ina

Hai assalamualaikum

klik banner

Syarat Penyertaan

1. Follow blog  Ina.
2. Wajib follow Instagram (jika ada) @flowery.dot
3. Like fanpage 

Senarai Hadiah

Sweatshirt 2x di Flowery.dot


 Shawl Hanis Zalikha 2x

Crispy choco jar 2x

Necklace 2x di flowery.dot
Pemilihan Pemenang

Blog;
Top Refferal & Random
Instagram; 
1. Like paling banyak
2. Tag paling banyak
3. Random

* Jika peserta melebihi 100 orang, hadiah akan ditambah

Saturday, 21 November 2015

CInta, Pertunangan, dan Perkahwinan.

Assalamualaikum hai semua :). Omg malam ni semacam jiwang tajuk aku ni. Emmm. Actually beberapa hari yang lepas yaya ada tayangkan gambar mr. Right ehem a.k.a mr perfect ihiks. Ada tak yang dah ternampak dan terperasan? alamaks. hehe. No, Its okay actually yaya baru perasan satu quotes ni yang menyatakan " Relationship should be between us not the whole of world " 
p/s : kalau dah halal tak apa ye. Ihiks.

Bila dok fikir-fikir balik betul laa ihiks, mungkin sebelum ni yaya excited and actually ini ada adalah sifat natural remaja yang nak meningkat nak dewasa macam yaya*eh sejak bila pulak aku pandai psikologi jiwa remaja ni* ahaks. 

Sahabat Blogger yang dihormati semua :). Yaya setuju sangat dengan quotes tu sebab baru-baru ni kawan aku yang sepatutnya berkahwin pada cuti sekolah ni tetiba putus tunang. Haa? lagi seminggu beb nak kahwin tetiba putus? acane tu?. Actually yang agak memalukan apabila majlis pertunangan beliau dibuat besar-besaran dan diwar-warkan di social media. emm emmm. Actually jangan salah faham ye, yaya tak berniat nak membuka aib cuma sekadar bercerita untuk dijadikan pengajaran kepada kita.


Pengajaran yang perlu kita ambil " Relationship should between of us " Absolutely 200% right hehe. Pandangan dari bonda kesayangan yaya. Sebelum tu, Okay macam ni yaya rasa yaya dah jumpa jodoh yaya ihiks :) InsyaaALLAH korang doakan yaya cepat naik pelamin ye. Sekarang ni tengah plan ke arah itu. Cuma bulan dan tahun nya belum ada lagi hihi. Mudah-mudahan ada jodoh. :) Amin.

opss sambung cerita haa pandangan dari bonda yaya, mula-mula yaya ni merapu sikit dok plan dengan mak ayah nak buat majlis tunang ada pelamin banyak bunga grand-grand fefeling yaya lah princess of the day ahahahhaa, sat lagi kena sekeh kepala dengan mak aduh! hahaha. Mak yaya cakap dulu zaman-zaman mak dengan ayah tak ada pun nak pelamin masa tunang. Mak duduk tersimpuh malu-malu ahaks comel mak aku (mak yang cerita macam ni, bukan yaya merapu tau) , then akak ayah datang sarung cincin haa tu jek. Tak ada habaq pada satu dunia pon cuma keluarga terdekat sahaja hehe.

Satu lagi pengajaran bersederhana lebih baik. :) jangan membazir itu amalan syaitonnnnnnn ahaks.

p/s : Lepaih ni nak kumpul bebanyak gambaq dengan mr.Perfect kite tu (lepas kami selamat akad nikah) InsyaaAllah. 

Thanks for readings!


Birthday Giveaway by Eina ~ Cerita Cantik Sihat

http://www.vitaminkesihatansejagat.com/2015/11/birthday-giveaway-by-eina-cerita-cantik.html 

Click Banner untuk join :) Good luck.

Konsep Rumah Paling Terbaik #MestiTengok


Assalamualaikum semua :) pagi ni dok scroll Facebook terjumpa pulak satu konsep rumah yang perghhhh memang simple tapi smart, cantik, gojes dan moden. Boleh buat idea ni dekat rumah yaya nanti ehem..ihiks. Actually ini GuestHouse yang terletak di Stay SongSong15, Gerbang Erskine, Penang, Malaysia.


lets see.....










 Macam mana? cantikkan...Thanks For Readings!

Friday, 20 November 2015

GIVEAWAY: 100 followers celebration by Zanna Ghazali

http://singingzanna.blogspot.my/2015/11/giveaway-100-followers-celebration.html 
 Tamat 29 November 2015. Click banner untuk join. Good luck

8th Anniversary GiveAway!

Tamat 25 November 2015. Click Banner untuk join.Good luck

1St GIVEAWAY By MB

 1st GIVEAWAY MagicBaked 
Click banner untuk join :) Good luck 
Tamat 29 November 2015

Alhamdulilah Happy Birthday to me


Assalamualaikum semua :) Alhamdulilah syukur semalam 19 November genap usia yaya 19 tahun. Terima kasih Allah di atas kesempatan untuk bernafas di muka bumi ini. Semoga yaya diberi kekuatan dan kecekalan hati untuk meniti kehidupan yang masih jauh ini. Terima kasih ibu. Terima kasih ayah. Terima kasih keluarga. Terima kasih kepada semua yang mengingati. 

Thanks for readings.

Tuesday, 17 November 2015

Jawatan Kosong Terkini!!

Sukacita dimaklumkan Jabatan Perpaduan Negara Dan Integrasi Nasional Negeri Johor mempelawa warga Malaysia yang yang berkelayakan dan memenuhi kriteria yang ditetapkan untuk mengisi kekosongan terkini sebagai:

1. Guru Tabika Perpaduan S27
Jenis Jawatan: Kontrak
Tawaran Gaji: RM 1362.00 – RM 5092.00
Imbuhan tetap perumahan (ITP) RM 300.00
Imbuhan tetap khidmat awam (ITKA) RM 160.00
Bantuan sara hidup (BSH/COLA) RM 250.00

Syarat Kelayakan:
a) Warganegara Malaysia
b) calon lantikan hendaklah berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup permohonan
c) Pemohon hendaklah memiliki sekurang-kurangnya kelulusan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) dengan syarat-syarat seperti berikut:
i) Lulus sekurang-kurangnya 3 mata pelajaran atas Gred C dengan NGMP 2.00 daln lulus Pengajian Am (sekurang-kurangnya atas Gred C dengan NGMP 2.00) dalam satu peperiksaan STPM.
ATAU
ii) Lulus dua (2) mata pelajaran dan lulus Pengajian Am (sekurang-kurangnya atas Gred C dengan NGMP 2.00) dalam satu peperiksaan STPM dengan syarat kedua-dua mata pelajaran yang lulus itu mestilah sekurang – kurangnya mendapat:
• Gred B dan B (NGMP 3.00 dan 3.00); atau
• Gred B+ dan B- (NGMP 3.33 dan 2.67); atau
• Gred A- dan C+ (NGMP 3.67 dan 2.33); atau
• Gred A dan C ( NGMP 4.00 dan 2.00)
ATAU
iii) Lulus sekurang-kurangnya 2 mata pelajaran atas Gred C (NGMP 2.00) dan 2 mata pelajaran atas Gred C-, D+ atau D (NGMP 1.67, 1.33 atau 1.00) serta lulus Pengajian Am (sekurang-kurangnya atas Gred C dengan NGMP 2.00) dalam satu peperiksaan STPM.
ATAU
iv) Lulus sekurang-kurangnya 4 mata pelajaran yang berlainan atas Gred C (NGMP 2.00) dan lulus Pengajian Am (sekurang-kurangnya atas Gred C dengan NGMP 2.00) dalam STPM yang dikumpulkan dalam 2 peperiksaan dalan tempoh 3 tahun berturut-turut.
ATAU
d) Memiliki Diploma daripada Institusi Pengajian Tinggi yang diiktiraf oleh Ketajaan Malaysia.
e) Keutamaan akan diberikan kepada calon-calon yang memiliki Diploma dalam bidang Pendidikan Awal Kanak-kanak atau yang berkaitan

Sumber : http://jawatan.co/guru-tabika-perpaduan/

Untuk Memohon sila ke Pautan ini :

Contohi Cara Dato dan Datin Terlajak Laris Mendidik Anak Mereka #Terbaik #Respect

Assalamualaikum semua :) parents abad 21 ni, selalunya terlampau manjakan anak-anak dengan gadget. Kadang-kadang yaya perhatikan baru darjah 2 dah dapat iphone ada ipad. Aduduh Yaya dulu kecik-kecik apa yang ada cuma buku kaler-kaler je.

oleh yang demikian yaya tertarik dengan cara Dato dan Datin membesarkan anak-anak mereka.
Ibu Ayah yang muda mudi sekalian jom baca...

 

1. Dato dan datin tak pernah bagi hp, tab, gajet kpd anak-anak. Jadual ank-anak penuh dengan masa belajar bahasa cina, india, english, mengaji dan lain-lain. Masa lebih yang ada akan diluangkan bersama keluarga.

2. Anak-anak dibolehkn menonton tv hanya pada Hari Sabtu dan hanya 2jam sahaja.

3. Setiap kali makan di rumah akn mkn bersama2 duduk di lantai (bentang tikar), senang suap menyuap. Meja hanya sebagai syarat ade dalam rumah (kadang-kadang orang guna untuk berlakon).

4. Dato pergi kerja bawa bekal dan wajib utk anak-anak bawa bekal juga. Isteri yg masak, bibik hanya membantu. Sebab Dato percaya air tangan seorang ibu kepada anak-anak sangat bagus.

5. Anak-anak sekolah swasta. Dato hanya bagi duit belanja RM2 klu nk beli aiskrim/ape2. Sedangkn ibu bapa kepada kawan-kawan anak-anaknya bagi rm10/hari.

6. Dato akan bawa anak-anak ke rumah anak yatim 2 bulan sekali utk anak-anak tidur di sana dan rasai sama-sama kehidupan susah senang anak-anak yatim yang tiada ibu bapa dan tengok sendiri perasaan mereka bila terima sumbangan.

7. Dato akan pastikn anak-anak tahu rasa susahnya nak cari duit. Latih anak-anak alami sendiri. Bila ank-anak dah besar kalau nak kereta kena rasa dulu jadi pekerja stor dan ujian-ujian dari Dato.

8. Masalah bila anak-anak berkumpul dgn sepupu-sepupu mereka atau bila berada dalam family besar ialah mereka akan persoalkn tiada mainan itu ini, tiada gajet. Sebab Dato tak nak train ank dgn kemewahan dan mudahnya kalau nak dapat sesuatu.

9. Dato percaya..anak-anak yg berkualiti, bagus datangnye dari didikan ibu bapa. Ibu bapa yg pertama dlm kehidupn ank-anak. Guru-guru sekolah itu yg ke2. Bukan kita suh guru-guru 100% didik ank kita. Kita cuma usaha sekolahkn anak-anak dengan bagus.

10. Datin percaya setiap ank-anak ade kelebihan dan kekurangan. Jadi jgn pilih kasih pada anak-anak.

  Kredit : Zah Efa

Yaya memang salute kepada parents masa kini yang tak bagi gadget pada anak-anak. Semoga dapat praktikan cara ni untuk mendidik anak-anak anda.

Thanks For Reading!

Sunday, 15 November 2015

Barakah Anak Sulung Perempuan

 

"Keberkatan yang paling banyak bila anak itu ialah seorang perempuan, anak perempuan itu mendapat banyak Keberkatan daripada Allah سبحانه وتعالى Khususnya kalau anak pertamanya ialah perempuan. Rasulullah صلى الله عليه وسلم Bersabda, Diberkati oleh Allah سبحانه وتعالى yang anak pertamanya ,anak sulungnya itu ialah perempuan. Dapat Doa Khusus dari Rasulullah صلى الله عليه وسلم

Kerana itu Para Salafus Solehin رضي الله عنهم وأرضاهم, kalau mereka sudah Kahwin, mereka memohon kepada Allah سبحانه وتعالى, Yaa Allah berikanlah anak aku yang pertama perempuan. Kenapa Para Salafus Solehin doa macam tu? kerana nak Doa Khusus dari Rasulullah صلى الله عليه وسلم .

Sebab orang jahil dulu jika anak sulungnya perempuan mereka sedih bahkan ada yang lari dari kampungnya kerana takut dihina. Tapi Allah سبحانه وتعالى nak Memuliakan apa yang mereka hina.

Bayi ini takkan keluar dari perut ibunya melainkan dengan Izin Allah. Bila lahir sahaja anak lelaki , Allah سبحانه وتعالى Berfirman kepadanya, Keluarlah dan Mudah mudahan kamu tolong ayah mu.

Tapi bila lahir sahaja anak perempuan, Allah سبحانه وتعالى Berfirman kepadanya, Keluarlah dan Aku Yang Menolong ayah mu. اللهم صل على سيدنا محمد . Inilah Barakah anak sulung perempuan "



Sumber :
- Ad Da'ie IlaAllah Al Fadhil Al Ustaz Sheikh Abdullah Bin Muhammad Bin Salim Al Jahaf حفظه الله تعالى -

Semoga perkongsian ini bermanfaat. Thanks for readings.

Kebaikan memelihara Kucing

Assalamualaikum hai semua :) Yaya nak tanya kat sini siapa kat rumah dia ada kucing? atau anak bulus? atau budak gemokk? atau meowwww hehehe. Yaya ada 2 ekoq jek. Satu dah jadi bapak kucing satu lagi Yaya dapat baby kucing persians (baby lagi tapi dah pandai lari) hehe. Nanti rajin-rajin yaya bagi tips macam mana nak bela anak kucing yang tak ada mak. :D

orite agak-agak apa Kebaikan Memelihara kucing? hokay jom baca.

 

1. Menurunkan risiko penyakit kardiovaskular dan serangan jantung.
Sebuah kajian dari University of Minnesota mendapati bahawa mereka yang tidak mempunyai kucing adalah antara 30 dan 40 peratus lebih tinggi untuk meninggal akibat penyakit yang melibatkan sistem kardiovaskular daripada mereka yang mempunyai kucing. Risiko untuk seorang pemilik kucing mati akibat serangan jantung juga adalah sangat rendah

2. Meningkatkan fungsi sistem imun (Daya Tahan Penyakit).
Membela kucing dapat membantu meningkatkan fungsi kekebalan tubuh anda. Hubungan antara kucing dan pemilik kucing dapat meningkatkan sistem kekebalan tubuh seseorang pemilik kucing.

3. Mencegah Alergi.
Jika anda akan mempunyai bayi, mungkin anda patut mempertimbangkan untuk membela kucing . Membela kucing dapat membantu anda mencegah alergi pada anak anda. Ada beberapa kajian yang baru lahir yang hidup dengan haiwan kesayangan dapat mengelakkan alahan berkembang.

4. Membantu mencegah asma pada anak.
Selain membantu untuk mencegah alergi berkembang terhadap anak anda, ada beberapa bukti bahawa hidup dengan kucing juga boleh membantu mencegah asma pada anak-anak. Memiliki kucing pada usia awal anak anda dapat membantu mereka untuk mengelakkan risiko menghidap asma. Ini kerana sentuhan antara anak anda dengan kucing dapat membantu mengatasi masalah pernafasan.

5. Mengurangkan Tekanan Darah.
Percayakah anda dengan hanya dengan mengusap-ngusap kucing dapat membantu menurunkan tekanan darah. Mereka yang mempunyai haiwan kesayangan, menurut State University of New York di Buffalo kajian, lebih cenderung memiliki tekanan darah lebih rendah daripada mereka yang tidak mempunyai haiwan peliharaan.

6. Menurunkan Kolestrol.
Berdasarkan kajian pemilik kucing memiliki kolestrol lebih rendah daripada mereka yang tidak mempunyai kucing sendiri. Sebuah penelitian 2006 di Kanada menunjukkan bahawa memiliki kucing sebenarnya lebih berkesan dalam menurunkan kolestrol daripada memakan ubat-ubatan kimia.

7. Mengurangkan risiko Mendapat Stroke.
Prospek mempunyai stroke adalah menakutkan. Jika anda prihatin tentang mengalami serangan stroke, anda boleh mempertimbangkan untuk membela kucing. Memiliki kucing dapat mengurangkan risiko stroke. Sebuah kajian di Universiti Minnesota mendapati bahawa pemilik kucing dapat mengurangkan risiko mendapat stroke.

8. Mengurangkan stress (tekanan perasaan) dan rasa cemas.
Memiliki kucing boleh membantu mengurangkan stress dalam hidup anda. Banyak manfaat psikologi jika kita membela kucing, dan salah satunya adalah menghilangkan stress. Dengan menjaga binatang atau berbicara dengan kucing anda, boleh membantu anda merasa lebih tenang dan mengurangkan tahap stres. Kehadiran seekor kucing bersama anda dapat membantu anda menenangkan diri anda kerana anda menikmati cinta tanpa syarat dari seekor kucing.

9. Menjadikan mood anda dalam keadaan “cool”.
Dalam banyak kes, berinteraksi dengan haiwan kesayangan boleh membantu memperbaiki mood anda. Ini termasuk kucing. Memiliki kucing dapat membantu anda merasa lebih baik secara umum, dan meningkatkan mood anda.

10. Dapat membantu pesakit-pesakit Autis.
Mereka dengan autisme mempunyai kesulitan berkomunikasi dalam cara yang sama seperti orang lain. Memiliki kucing benar-benar dapat membantu dalam kes ini. Ada kejadian di mana kucing telah berperanan dalam terapi untuk anak-anak autis.

11. Mengurangkan Kesepian.
Hubungan persahabatan antara manusia dan kucing dapat membantu mereka yang kesepian. Hanya dengan memiliki kucing di rumah dan menghabiskan masa bersama boleh membantu mengurangkan rasa sunyi.
 Sumber : KucingSehat
Thanks For readings :)
semoga bermanfaat.

Giveaway Duit Saku & Bawal Aidijuma By Cik Tulip

  Click Banner untuk join. Good Luck :)

Blog Cik Tulip kemas dan ringan. Tak sampai satu saat dah habis loading. :)

Yaya tag :

Ainal On Diet 5th Anniversary Giveaway


Ainal On Diet 5th Anniversary Giveaway

Ai Pengedar Sah Shaklee Pulau Pinang

Jom dapatkan vitamin shaklee dengan Ai Pengedar Sah Shaklee Pulau Pinang

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Ai adalah pengedar sah Shaklee di Pulau Pinang.Bernaung di bawah satu group besar iaitu Euphoria.Ai pengedar sah shaklee di bahagian pulau.Secara tepatnya adalah ai pengedar sah shaklee di Gelugor Pulau pinang.Ai mendaftar sebagai pengedar sah Shaklee pada September 2013.ID Shaklee Ai ialah 988021.Sebagai Pengedar Sah Shaklee,seluruh penduduk di Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak boleh dapatkan vitamin-vitamin Shaklee dari Ai.

Sebagai pengedar sah shaklee yang beralamat di pulau pinang Ai menyediakan perkhidmatan
COD (Cash On Delivery)ke seluruh bahagian pulau.COD(bersyarat) juga dilakukan ke kawasan tanah besar juga bole.Antara syarat COD luar kawasan pulau ialah:

  • Pembelian minima RM200(mainland) RM300+Membership(Kedah)
  • Mengikut tarikh dan waktu yang dipersetujui bersama
  • Jika tidak dapat mematuhi syarat di atas maka servis Poslaju digunakan dan pelanggan perlu tanggung kos penghantaran

CARA PEMBELIAN MELALUI SERVIS POSLAJU

Bagi pembelian melalui pengedar sah shaklee menerusi online dan ingin menggunakan khidmat poslaju untuk tujuan penghantaran produk Shaklee ke seluruh Malaysia,pelanggan boleh memesan melalui pesanan ringkas whatsapp dengan menghantar details penghantaran yang tepat
seperti,Nama,Alamat dan Nombor Telefon setelah pembayaran dilakukan dan disahkan.Sila pastikan segala info adalah tepat untuk memaastikan barang sampai dengan selamat.
Perlukan khidmat rundingan dan konsultasi percuma??

Hubungi Ai segera

0134466077


Email:aimie8384@gmail.com
Whatsapp/Telegram:0134466077
Official Page: Pengedar Shaklee Penang
COD:Penang/Kedah
Poslaju:Seluruh Malaysia dan luar negara


SYARAT PENYERTAAN GIVEAWAY

  1. Follow blog ainalondiet.com,Add To Circle Google+ Ainal Syifa dan like Fanpage Pengedar Shaklee Penang
  2. Buat entry bertajuk Ainal On Diet 5th Anniversary Giveaway
  3. Copy coding yang telah disediakan dan pastekan ke dalam ruangan HTML dan Publish entry
  4. Tinggalkan URL entry anda ke dalam ruangan komen entri INI
  5. Pemenang akan ditentukan melalui cabutan secara rawak
  6. Giveaway ini akan berlangsung dari 5h Oct 15 sehingga 15hb Nov 15
  7. Pemenang di umumkan pada 19hb Nov 15.

HADIAH GIVEAWAY BERJUMLAH +-RM100

  • PERTAMA-HADIAH MISTERI BERJUMLAH RM45
  • KEDUA & KETIGA TOPUP RM10 SETIAP SEORANG
  • KEEMPAT DAN KELIMA TOPUP RM5 SETIAP SEORANG

Giveaway CINTA by CN

giveaway, giveaway novel, giveaway cinta

Klik banner untuk join


Assalamualaikum dan salam sejahtera

Sempena Jualan Gudang Karangkraf yang lalu, CN telah memborong beberapa novel CINTA. Jadi sukacitanya disini bahawa CN ingin memberi 3 buah novel CINTA kepada peserta Giveaway CINTA by CN melalui random.org. Pemenang novel adalah 3 orang. Bukan itu sahaja, 10 peserta bertuah akan dimasukkan ke dalam bloglist Januari 2016 CN. Hah ! Best tak?


Syarat-syaratnya Giveaway CINTA by CN :


1. Follow blog CikguNorazimah,

2. Add To Circle G+CikguNorazimah,


4. Follow Instagram cikgunorazimah (jika ada)

5. Buat entri bertajuk "Giveaway CINTA by CN"

6. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.

7. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen ini.

8. Giveaway ini akan berlangsung dari 1 - 30 November 2015 dan keputusan pemenang akan diumumkan pada 5 Disember 2015.


Copy Coding Entri Yang Disediakan Ini :


Kredit untuk Kak Mialiana

YES 2015

~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~


Starlavenderluna 2nd GiftAway

http://starlavenderluna.blogspot.my/2015/11/my-2nd-giftaway-by-starlavenderluna.html 

Click Banner untuk join. Good Luck :)