Friday, 30 October 2015

Ehhh Exam dah nak start dah? here some tips

Assalamualaikum hai adik-adik yang yaya sayangi sekalian... SPM and STPM is just around the corner rite? sokay adik here hakaks have some tips untuk exam ni.. jom baca

Tips menghadapi peperiksaan

1) Pastikan emosi dalam keadaan terkawal dan stabil.
Bila time nak exam ni kan, jangan laa sesekali dok serabutkan kepala dengan masalah cinta ke masalah dengan bff ke. Kalau waktu nak exam ni time ni lah engkorang nak gaduh-gaduh dan sebagainya. Mohon terus off kan phone engkorang sampai habis exam korang tu korang settle laaa ye. Just fikir exam tu masa depan. yang lain sila ketepikan dengan sepantas kilat. Bukan hape hadik kakaks yaya sekalian, waktu exam ni kita perlukan satu feeling yang sangat tenang and damai supaya mood nak menjawab tu tak kelaut sebab terfikir pasal gaduh dengan boyfreng ke kawan ke and etc.

2) Jaga hubungan dengan ALLAH.
Bukan waktu nak exam jek sepatutnya, setiap hari. Kalau boleh solatlah di awal waktu, rajin amalkan solat sunnat Dhuha, rajin buat solat Tahajjud dan solat Istikharah (solat istikharah bukan hanya untuk tunjuk siapa pemilik tulang rusuk ye hadik-hadik ). InsyaaALLAH akan dipermudahkan ketika exam.

3) Jaga hubungan dengan Ibu Bapa dan Keluarga.
Kalau boleh pagi nak exam tu kan dik, kau salam mak ayah cakap " mak ayah halalkan segalanya yang mak ayah bagi kat adik selama ni, doakan adik ye mak ayah supaya adik dapat jawab dengan tenang dan tak putus idea" pastu cium mak ayah. InsyaaALLAH dipermudahkan dan ada ketenangan.

4) Baca nota yang Superb.
Superb? yes baca nota yang superb. Esok nak exam hari ni hang nak baca buku tebal-tebal macam kamus hadoiiii tak payah dik confirm buat hang rasa lagi steggggghesssss. Okay mari hakaks yaya ajarkan macam mana nak buat nota superb ni. Guna lah konsep ini. Taraaaaaaaa........

 

haaaaa cari ni paling mujarab dik, kau buat lawa-lawa dalam bentuk-bentuk macam ni. InsyaaAllah senang ingat. hakaks kan nota sejarah akak buat macam ni laah dik macam sepantas kilat terus lekat dalam otak hakaks.

5) Sila Tampal JADUAL EXAM di tempat yang selalu kau pandang.
yang ni kena alert ye adik-adik kakak yang kakak sayangi sekalian. Pernah berlaku kawan hakak ni hari first exam dia p menyawit dik sampai cikgu cari kat dalam kebun tu dia cakap "saya ingat tak ada exam" huuu bahaya-bahaya dah laaa paper BM wajib lulus tu. HAAA! so jadikan pengajaran tampal kat tempat yang selalu tengok macam meja belajar, dinding sebelah katil, meja solek and so on. and one more thing sila maklumkan pada Parents hokay.

6) Last but not least is Tidur laa Secukupnya.
at least 5 jam okaylaa. malam sebelum exam tu kau tenang jek jangan nak gelabah. Kau jangan banyak cakap banyak ketawa kau baca dan kau tidur bangun awal dalam pukul 5 boleh sambung baca lagi sikit. Jangan tidur kurang dari 5 jam! Dikhuatiri kau akan letih lesu dan tidak bermaya. Ehhh satu lagi kakaks tertinggal Brekfast. Yes! breakfast wajib ambil jangan biar perut kosong sebelum exam ye.


Okay laa adik2 yang kakaks yaya sayangi sekalian, Kakak doakan korang semua berjaya dengan cemerlang dipermudahkan ke IPT selepas ini dan berjaya di akhirat juga AMIN. Break a Leg! Man Jadda Wa Jadda. Usaha + Doa + Ikhtiar + Tawakal = InsyaaALLAH beroleh kejayaan amin.

Salam sayang dari kakaks Yaya Yuki dari bumi senggarang mendoakan calon-calon SPM dan STPM tahun 2015 and wish Kakaks Yaya Good Luck too for my STPM.

 

Maaf engkorang kakaks korang ni tak pernah tak sakai kalau cuba untuk dress up hehehe.

Thanks For Readings! and Good Luck

No comments:

Post a Comment

sila tinggalkan komen anda :D