Tuesday, 6 October 2015

Cheese Cake Oreo Tanpa Oven

Okay dekat sini sapa suka makan Cheese Cake ???? aku adalah salah seorang nya ahaks :D btw, nak kongsikan resipi dari Kaum Hawa. senang gila tak payah oven punnn...

let go...




Bahan-bahan :
1 peket biskut oreo )
50gram mentega/butter
200gram whipping cream
250gram cream cheese
yogurt atau susu segar atau apa-apa bahan tambahan yang perlu
sedikit gelatin


Cara-cara penyediaan :
1. Asingkan biskut oreo dari cream yang terdapat di dalamnya. Lebihan cream ini boleh digunakan dalam kisaran keju nanti.

2. Hancurkan biskut oreo sehingga halus sebagai base cake anda.

3. Cairkan sedikkit mentega dan campurkan bersama biskut oreo. Masukkan ke dalam acuan dan tekan sehingga ke hujung dengan mampat serta rata ke seluruh bahagian.

4. Ketepikan dan simpan di dalam peti.

5. Putarkan whipping cream, yogurt / susu segar sehingga kembang. Tambahkan sedikit esen vanilla sebagai pewangi.

6. Masukkan gelatin yang telah dicairkan dengan air panas ke dalam kisaran.

(2 sudu serbuk gelatin larutkan ke dalam suku cawan cawan air panas)

7. Masukkan sedikit crumbs oreo.

8. Fillings anda telah siap dan boleh dituang ke dalam bekas acuan yang telah disejukkan.

9. Hiaskan kek anda mengikut cita rasa dengan lebihan biskut oreo. Boleh diletakkan jem atau buah-buahan sebagai hiasan tambahan.

10. Biarkan di dalam peti selama 3 jam untuk mendapatkan kek yang lebih padat dan bercreamy.

p/s: 2 sudu yogurt / suku cawan susu segar ( hanya bahan tambahan, tak perlu banyak )

Selamat mencuba.

Thanks For readings!

3 comments:

  1. sedappnya.kena cuba resipi ni..InshaAllah

    ReplyDelete
  2. Wah resepi senang....akan cuba. Tq sharing

    Jemput singgah blog sy SPORTING MUMMY

    ReplyDelete

sila tinggalkan komen anda :D