Sunday, 13 September 2015

Travelog Ringkas Ke Johor Bahru ( tempat yang menarik untuk dilawati )

Assalamualaikum hai semua :) pada 11 September 2015 (Jumaat) kelab keusahawanan Tingkatan 6 telah membuat lawatan ringkas ke Johor Bahru. Walaupun aku orang johor, anak johor, tapi aku tak habis pusing lagi sebenarnya. hehehe so anda yang diluar sana tak tahu nak bercuti atau jalan-jalan ke mana ?? haa mai sini mai sini, baca travelog yaya yuki yang ringkas tentang lawatan kami ke Johor Bahru Darul Takzim. Lawatan memang sangat ringkas sebab kami tidak menginap di mana-mana ye pergi pagi balik petang. Tapi memang best gila superb apa lagi ek? semuanyaa lah. jom baca.

Jumaat,
11 September,
7.00 pagi
Smk Senggarang

Perserta lawatan berkumpul di hadapan pintu sekolah. Seramai 31 orang peserta telah berada di hadapan pintu sekolah. Selepas berkumpul diadakan taklimat ringkas oleh guru pengiring dan bacaan doa.


7.30 pagi 
Smk Senggarang

Kami mula bertolak dari perkarangan sekolah menuju ke lokasi pertama kami di Hutan Bandar, Johor Bahru.

8.40 pagi
R&R Machap

Berhenti di R&R Machap untuk bersarapan atau mengalas perut. Kalau tak sarapan memang pengsan lah lepas buat extreme outdoor activities dekat Hutan Bandar tu... haaa. So breakfast amat laa penting ye anak-anak hehe :D. Dekat Machap ni best laa makan murah brother, gua order teh tarik kasik tarik panjang skit gelas besaq baru rm 1.30 hokay. berpatutan. dekat Machap ni bas kumpulan aku sampai dulu. Nasib baik kami sampai dulu, kalau tak memang tak dapat tempat duduk makan. Sebab masa yang sama, hari yang sama, tarikh yang sama, hadek-hadek yang muka ceria lepas merdeka dari UPSR mereka sebanyak 4 bas kau. aku ulang balik EMPAT BAS nak ke LEGOLAND huuuu bestnyaaa. Kami hakak-hakak bro-bro yang nak ambil STPM sesedap rasa pergi makan angin, tak sedar diri lagi sebulan ni, cuma 1 bas jek heheheh, Actually, lawatan ni untuk kurangkan stress kami yang nak final tak lama lagi jek dan ditaja oleh Kelab kan ? free? pulak tu, sapa tak nak kau. hahahha cuma bawa duit makan and shopping jek gaisss.

11 pagi 
Hutan Bandar, Johor Bahru

okay kami dah tiba di lokasi aktiviti extreme under pengakap. Seriously, hutan bandar ni memang best oii, memang sesuai tempat beriada berkelah dan sebagainya. one more thing kat sini ada chicken chop yang paling gempak gila rasa dia. 
okay nama aktiviti ini ialah  : Sky Walk Challenges


payung gambar dulu hokayh.








amacam gaiss?? extreme dak ? peminat sukan extreme digalakkan mencuba. jangan risau ye memang selamat kalau terjatuh pun tergantung jek, hehe sky walk ni lebih kurang tingginya macam bangunan tingkat 1 laa, kayu tersebut tak ada masalah abam trainer bagitau yang berat lebih 90-100 lebih pun penah naik, so are you ready to sky walk challenges??? hehehe 
and say congrates to my team because we are success pass the sky walk challenges and get cerificate appreciate.


1.00 Tengahari
Masjid Abu Bakar, Johor Bahru

kami singgah rehat di sini. sementara yang lelaki solat jumaat.



masa kitaorang (budak perempuan) tengah siap2 yang lelaki jumpa pemain JDT. Untunglaaa.. hehe

3.00 petang
Galeria Kotaraya

okay Galeria Kotaraya ni shopping mall macam-macam ada kat sini memang best :). selain itu, terdapat jugak 3D art, chineese town dekat-dekat dengan kotaraya ni. memang cantik.

Sebenarnya banyak gambar, masih searchinggg.... di mana keberadaanya hehehe.

okay last location kami untuk lawatan kali ini ialah

taraaaaaaaaaaa

6.00 petang
Bateri, Johor Bahru.

okay Bateri ni tempat shopping2 makan2, apa yang bestnya ialah konsep kedai diaorg memang cantik oi, aku lupa pulak nak ambik gambar, Bateri ni bekas tapak kilang. Kalau pergi Johor memang wajib singgah sini ye. Kalau tak anda rugi hehe.

8:30 malam
Bergerak pulang.

berakhirlaa sudah lawatan sambil belajar kami ke Negeri Johor Darul Takzim.. ini adalah kali pertama yaya menulis Travelog. Kalau ada apa-apa yang silap mohon tunjukkan hehe.

okay that all, thanks for reading guys!

LOVE,
Yaya Yuki

No comments:

Post a Comment

sila tinggalkan komen anda :D