Saturday, 22 August 2015

MyCARE (We Care, We Share, with My Care)

Assalamualaikum semua :) korang pernah tak dengar pasar MyCARE?
okay pada 19/8/2015 bersamaan hari Khamis, pertubuhan MyCARE telah hadir ke sekolah yaya untuk menyampaikan serba sedikit tentang MyCARE. MyCARE juga akan berkempen di semua sekolah di Malaysia, dan sekolah yaya merupakan sekolah pertama di Malaysia yang dikunjungi oleh MyCARE.
Pengerusi MyCARE Johor iaitu Professor dari UTM telah memberikan ceramah dan memperkenalkan tentang MyCARE.

Sedikit tentang MyCare

MyCARE adalah sebuah badan kemanusiaan yang berdaftar dengan SSM ( 729288-P ) dengan profil bukan bermatlamatkan keuntungan ( non- profit organization, NPO ). MyCARE juga telah berjaya menghantar lebih 30 misi kemanusiaan temasuk misi ke Gaza, Lubnan, Syria, Jordan, Myanmar(Rohingnya), Kemboja, Vietnam, Acheh, dan yang terkini menghantar misi kemanusiaan ke Nepal dan Gunung Kinabalu. Lebih rm50 Juta bantuan kemanusiaan telah disalurkan semenjak tahun 2010.

6 Agensi

30 Misi Bantuan Kemanusiaan

rm50 Juta telah diagihkan


Tujuan Kempen ini ialah untuk

  • Menanam semangat kesukarelawanan di kalangan pelajar-pelajar sekolah.
  • Menanam semangat kebersamaan dalam bentuk sokongan, doa, moral dan sumbangan fikiran, tenaga dan kewangan ke arah masyarakat yang sejahtera melalui perkongsian pengalaman MyCARE di dalam kerja-kerja kesukarelawanan dan kemanusiaan di peringkat serantau dan antarabangsa,
  • Menjana keinginan pelajar untuk mengambil langkah proaktif membantu mereka yang ditimpa musibah sama ada oleh malapetaka atau akibat konflik peperangan melalui kempen kesukarelawanan di sekolah.











Harapan Yaya
Dapat menyertai misi ini selepas tamat sekolah tahun ini dan dapat melibatkan diri dalam banyak lagi misi kemanusiaan.

We Care
We Share 
with My Care

#KitaKanKawan


Semoga pos ini memberi manfaat kepada anda :)

Terima kasih kerana sudi membaca


LOVE,
YAYA YUKI

1 comment:

  1. Hi awak.. salam.. sy baru buat giveaway khas untuk raya aidil adha.. jom la join kalau berminat.. tq =)

    http://minjee08.blogspot.com/2015/08/nak-menang-baju-raya-aidil-adha-cepat.html

    ReplyDelete

sila tinggalkan komen anda :D