Wednesday, 22 July 2015

Ajaibnya Solat Dhuha



Entri kedua hari ialah nak bercerita tentang Solat Sunat Dhuha.Masa aku form 5 dulu memang tak pandai serious talk.Masa periksa akhir tahun tingkatan 4 aku dapat nombor 30/35 macam tu haaa.Lepas tu plus malas, apa semua laaa. 

satu hari terjumpa satu Blog ni entrinya tentang Tips-Tips nak cemerlang dalam pelajaran.Antaranya solat Dhuha.Jadi hari ini aku nak kongsikan peningkatan prestasi pelajaran daripada amalan Solat Dhuha.Untuk pelajar khususnya kalau boleh jadi kan solat Dhuha ini sebagai satu rutin wajib dalam hidup anda.

Selain membantu menguatkan ingatan, solat dhuha juga membantu mencerdaskan minda dan badan kita.Sedikit perubahan yang aku perasan antaranya ialah peningkatan Gred Peperiksaan macam Matematik selalu tak lulus tapi Alhamdulilah semakin hari semakin meningkat.

Sehinggalah sewaktu keputusan SPM diumumkan aku terkejut,kerana tak sangka aku juga mampu membuat mak ayah tersenyum. Alhamdulilah :)
Mungkin tak laa tahap cemerlang Straight A tu, tapi adalah yang boleh dibanggakan oleh diri sendiri yang akan menjadi kenangan sampai hari tua nanti.

Masih segar dalam ingatan, Tuan Pengetua selalu mengingatkan bahawa SPM ini adalah turning Point untuk kita mulakan kehidupan yang baru di luar sana.Untuk adik-adik yang bakal menduduki SPM pada tahun ini. Berusaha bersungguh-sungguh dan jangan ambil mudah.

Oleh itu, sedikit perkongsian tentang cara-cara menunaikan solat Dhuha

1) NIAT : "Usolli Sunnatal Dhuhaa Rak'ataini Lilaahi Ta'ala"
"Sahaja aku solat sunat duha dua rakaat kerana Allah Ta'ala"

2) Rakaat Pertama : Selepas membaca Al-fatihah digalakkan membaca surah As-Syams.

3) Rakaat Kedua : Selepas membaca Al-fatihah digalakkan membaca surah Ad-Duha.

4) Ketika Sujud Terakhir : Baca doa ini 3 kali.

Cara-Cara Solat Dhuha credit to
http://islamagamaku197.blogspot.com/2012/06/cara-cara-menunaikan-solat-sunat-dhuha.html


Semoga Bermanfaat :)

Love,
YAYA YUKI

No comments:

Post a Comment

sila tinggalkan komen anda :D