Monday, 13 April 2015

Hipokritkah Aku???

Hipokrit kah Aku?????




Sebab apa? Sebab biasanya, orang yang nak berubah, dia akan down dan lemah semangat untuk berubah sebab orang kata dia hipokrit, lepas tu entah apahal dia pun terpedaya dengan kutukan-kutukan orang, dan akhirnya dia pun rasa yang dia ni hipokrit, lepas tu dia tak jadi nak berubah.

betoi dok? Betoi kn.. Gerun btol?


Padahal, sebenarnya, dia pun tak tahu hipokrit tu ape, dan orang yang kutuk dia hipokrit tu pun bukan tahu hipokrit tu apa. Pastu bajet gempar, kutuk2 orang lain hipokrit. Jeles sangat nak tngok orang berubah. Yang nak berubah pon satu hal, baru kena kutuk sikit dah down.



Sahabat nabi kena seksa teruk gila, sikit pon mereka tak down. Teka sebab apa? Sebab sahabat nabi IKHLAS nak berubah. Tapi kita, berubah TAK IKHLAS. Kita berubah supaya orang puji dan suka kita. Sebab tu bila kena kutuk sikit, sah rasa tension, tertekan, stress pastu give up dan jadi jahat semula.



Apakah? What that

Tapi, pokoknya ialah, sebenarnya, hipokrit tu benda apa seyh? Adakah hipokrit itu bermaksud talam dua muka? Ke talam tiga muke? Ataupun talam tak ada muka? Atau depan orang baik, belakang orang jahat? Atau ada maksud lain? Maka dengan ini, saya akan cuba terangkan secara detail,

APAKAH ITU HIPOKRIT yang sebenar.

 Lets continue our research about what is hipokrit?


Apa tu hipokrit? Makanan ke? Binatang ke tu? Haaaa...



Hipokrit itu adalah satu sifat yang sangat tercela, dan Allah amat marah pada orang yang hipokrit ni. Bukan setakat Allah marah, takde orang yang suka kawan dengan orang hipokrit ni. Semua orang benci tahap dewa dengan orang yang hipokrit ni.


Sebab apa? Hah? Apa sebabnya?

Kerana benda ini akan membuatkan tarbiah kita terbantut kalau kita tak buang awal-awal. Benda ini bukan benda kecik, bukan benda yang kita boleh pandang remeh. Tapi ini isu jatuh bangun diri kita.


Hipokrit ini sangat bahaya! Sifat ini akan menghancurkan diri kita dan akan menyusahkan ramai pihak lantaran hipokritnya kita. Jujur saya kata, andai kita ada sifat ni, hati kita time tu sangat kotor, busuk dan kotor dan busuk dan kotor dan masam.



Actually, hipokrit yang semua orang faham ialah bila kita depan orang baik, tapi bila belakang orang, kita jahat. Sebenarnya, tu bukan hipokrit!



Hakikatnya, hipokrit ialah : ''Bila depan orang, dia berpura2 baik, dan pada masa yang sama, dia amat BENCI kebaikan tersebut, dan ingin lari dari kebaikan tu. Dan pabila di belakang orang, dia jahat, dan dia amat sukakan kejahatan yang dia lakukan!''

Itulah hipokrit!


Dahsyatkan orang yang hipokrit ni. Gerun plak saya. Semoga kita dijauhkan dari hipokrit ni.

Saya bagi satu contoh situasi ye. Untuk anda lebih faham lagi. In shaa Allah.


Contohnya di sekolah. Sekolah tu sekolah islam misalnya. Ada peraturan2 sekolah dan suasana islam di sekolah tu. Sekolah tu amat menitik beratkan spye setiap pelajar menjaga ikhtilat. Tapi apa yang terjadi, kau amat benci dengan peraturan tu. Kau rase tertekan dan tak selesa serta mencaci maki dalam hati kau tentang peraturan tu.

 Kalau boleh, kau nak ikhtilat, kau nak cakap dengan crush kau, kau nak berbalas cinta dengan crush kau.


Tapi kau tahu kalau kantoi, kau akan kene denda. Maka kau pun TERPAKSA jaga ikhtilat kat sekolah. Bila start je cuti maka kau pun rasa BEBAS, kau amik henset, kau bukak FB/twitter/ig, kau mula chatting dengan berlainan jantina, kau twit benda-benda teruk, bahkan kau rasa best dan PUAS bila kau dapat benda2 macam tu!

Itulah hipokrit!


Kata kunci hipokrit ialah 

  • berpura2 baik.
  •  Melakukan kebaikan kerana terpaksa dan dia BENCI akannya. 
  •  Cintakan kejahatan.
Tetapi...


Ada satu keadaan yang mana ramai orang anggap perkara ini adalah hipokrit.

Keadaan itu ialah : ''Bila depan orang, dia baik. Dan pada masa yang sama, dia amat CINTAKAN kebaikan tersebut dan ingin kekal dalam kebaikan itu. Namun, apabila di belakang orang, dia terjatuh tewas dengan dosa, dan dia amat BENCIKAN dosa yang dia lakukan....''
Ini sebenarnya bukan hipokrit! Ini adalah lumrah hidup!


 Saya hurai panjang sikit ye


Bila di depan orang, dia baik, dia amat CINTAKAN kebaikan itu, dan dia amat berharap agar dia sentiasa berada dalam kebaikan itu. Tetapi, apabila di belakang orang, apabila dia duduk sorang2, dia melakukan kejahatan. Tetapi, hakikatnya, DIA AMAT BENCIKAN kejahatan yang dia lakukan. Dia hanya TERJATUH dan tergelincir serta tewas dengan nafsu, dan di sudut hati kecilnya, dia amat bencikan dosa dan maksiat tersebut! Serta dia amat berharap agar dia dapat BEBAS dari dosa tersebut.....
Saya ulang, ini bukan hipokrit. Kata kuncinya ialah 
1) Rasa semangat utk melakukan kebaikan bila ada suasana.
2) Cintakan kebaikan dan berharap agar dia KEKAL di dalam kebaikan.
3) Benci maksiat.
4) Jika terjatuh dalam maksiat, dia menyesal dan bertaubat.

Hakikatnya, MUSTAHIL untuk kita sentiasa baik 24 jam. Memang fitrahnya, apabila kita duduk ramai2 dengan kawan-kawan kita, maka akan rasa semangat utk buat baik. Tapi bila duduk sorang-sorang kita akan rasa susah nak buat baik. Dan, lantaran tak mampu kawal nafsu dan lawan nafsu, akhirnya kita terjatuh dalam perangkap syaitan. Lepas tu, kita diselubungi rasa bersalah, rasa gelisah, dan bertaubat pada Allah.
Ini bukan hipokrit!

Namun, takkanlah kita nak berulang ulang kali buat maksiat dan jatuh dalam lubang yang sama? Apa usaha kita utk bebas dari maksiat?

Kesimpulannya, kita haruslah check balik diri kita. Sejauh mana kita ni nak berubah. Adakah kita ni hanyalah seorang yang PURA-PURA, atau kita betul-betul ikhlas? Check semula diri. Hanya kita sahaja yang tahu, apa yang ada pada diri kita.

Kalau kita betul2 ikhlas, maka yakinlah dengan perubahan yang kita lakukan. Jangan hirau langsung tohmahan orang. Jangan bagi alasan-alasan yang tak munasabah contohnya : ''Susahlah nak berubah...'' ''Saya tak tahu macamana nak berubah...'' dan lain2.

Alasan ni semua timbul sebab kita tak ikhlas. Kalau betul kita ikhlas, kita akan sanggup BERKORBAN dan BERSUSAH PAYAH untuk mencapai redha Allah. Sebab, penghalang besar utk kita berubah ialah alasan2 yang kita sendiri timbulkan lantaran kita tak sanggup utk berkorban!
Saya ulang : '' Penghalang besar untuk kita berubah ialah alasan-alasan yang kita sendiri timbulkan lantaran kita tak sanggup utk berkorban!''



sekian,

thanks for reading
love,
im yaya yuki :)

No comments:

Post a Comment

sila tinggalkan komen anda :D