Tuesday, 3 February 2015

Resipi Mee Hailam yang paling Menyelerakan

Hai Assalamualaikum semua :) hari ni cuti kan?? so hari ni korang nak masak apa???
oke aku nak bagi suggest :) hari ni Jom kita masak Mee Hailam :3 sebab mee hailam ini adalah salah satu makanan kegemaran aku, so aku akan share resipi daripada page : Rahsia Hawa


jom kita terjah resipi

BAHAN-BAHAN YANG DIPERLUKAN

300gm udang sederhana besar
300gm daging ayam
3 ekor sotong saiz besar
1 peket fish ball
1 peket mee
3-4 cawan air
1-2 sudu besar cili kisar
3-4 sudu besar kicap manis
1 sudu besar kicap cair
2 sudu besar sos tiram
1 sudu kecil minyak bijan
1 sudu besar sos cili
2 sudu besar sos nampla
2 biji telur
Sedikit sayur sawi
Sedikit bunga kobis
1 batang carrot
2 biji tomato masak ranum
Sedikit tepung jagung n air - dibancuh
Garam secukup rasa
Daun sup dan cili merah secukupnya


CARA MEMASAK



Bila nak hidang boleh la ditabur daun sup , cili merah dan juga bawang goreng.Bersihkan udang dan sotong kemudian tos dan ketepikan kemudian potong isi ayam menjadi ketulan kecil . Potong fish ball kemudian bersihkan semua sayur dan potong ketepikan semua bahan-bahan ni.

Panaskan sedikit minyak dan tumis cili kisar sampai pecah minyak dan cili masak kemudian masukkan ketulan isi ayam tadi dan kacau sehingga isi ayam masak dan kemudian boleh la dimasukkan air . Masukkan carrot dan bunga kobis tadi biar sampai kuah hampir mendidih . Masukkan semua sos cili, sos tiram , minyak bijan , kicap manis n cair , sos nampla dan kacau semua bahan ni .

Masukkan semua udang serta sotong dan kacau semua bahan kemudian rasa sama ada cukup semua perisa kalau tak cukup tambah ikut selera masing-masing . Masukkan telur sebiji demi sebiji biar sekejap sampai telur masak dan masukkan sayur sawi , buah tomato dan kacau . Masukkan bancuhan tepung jagung dengan sedikit air untuk bagi kuah pekat . Kacau semua bahan dan kalau kurang masin baru la ditambah garam .

Akhir sekali masukkan mee dan kacau semua bahan dan biar kuah mendidih dan boleh la ditutup api dapur .

TARAAA
Sungguh menyelerakan :) kan ?? kan???
jom korang kita masak menu ni hari ni :)
ringkas kan bahan2 yang diperlukan jom2 :)

sharing is Caring :)

love,
Yaya Yuki

No comments:

Post a Comment

sila tinggalkan komen anda :D