Thursday, 29 January 2015

Tips Merawat Hati dan Melupakan Seseorang

setelah habis join GA , yaya tutup entry yaya malam ni dengan sedikit tips :)

CARA-CARA MERAWAT HATI DAN MELUPAKAN SESEORANG

yaya kongsikan sedikit tips ni sebab mungkin ianya pernah juga lah berlaku pada diri yaya sendiri, apabila orang kita sayang pergi dari hidup kita , tinggalkan kita dan sebagainya, mungkin juga pernah berlaku pada orang lain, sakit tak sakit?? hilang orang yang kita sayang???
mestilah sakitkan, walaupun depends pada seseorang itu , sama ada ia mengambil masa yang lama untuk sembuh atau pun sekejap sahaja, yang pasti mesti ada luka di hati,
yela dinding yang cantik, kita paku, then kita cabut balik paku tu, adakah dinding itu akan kembali seperti sebelum kita paku tadi??? of coz tak kan :)

alamak terpanjang pulak mukadimah nya :) hihi sorry
 **terexcited (excited ke kau tengah kecewa ni yaya) hee :D hanya hati mampu berbicara ,siapakah gerangannya??siapakah pelakunya?? mungkin aku yang bersalah,atau kau terlalu alpa dengan urusan duniawi mu?? "selera mungkin boleh berubah, tetapi tidak pada hati", itulah aku YAYA YUKI 
**nota jari : ok guys sebenarnya yaya minat dalam penulisan novel, ada gaya nak jadi penulis novel dak??hihi maaf jikalau ayat terlampau jiwang atau annoying tahap nak muntah pelangi selepas membaca :D


 
Tips Merawat Hati Yang Terluka dan Melupakan Seseorang


1) Dekatkan diri dengan ALLAH S.W.T.

Banyakkan muhasabah diri kita, banyak lakukan solat-solat sunat untuk mendapat ketenagan  kedamaian hati.

2) Baca Al-Quran setiap hari, dan amalkan Al-Mathurat (pagi dan petang).

membaca Al-Quran bukan sahaja dapat pahala, memperolehi ketenangan hati, kelapangan dada,tetapi ianya juga membuat mata kita terang dan jelas :)

** Tips di atas bukan sahaja kita lakukan bila kecewa sahaja tau, Lakukan setiap hari insyaa ALLAH kita akan selalu diberi petunjuk dalam mencari sesuatu yang tidak pasti.
"La Tahzan Inallah Ha Ma'na"
'jangan bersedih ALLAH itu ada bersamamu'

3) Lupakan dan buang semua perkara/kenangan yang lalu

Buang semua kenangan yang boleh membawa kita mengingati kepada seseorang ,ini boleh dilakukan  jikalau dengan mengingati dia membuat kita bertambah terluka okey.


4) Think Positive

ini penting !! sebab ada orang yang putus cinta yang terluka terus ambil jalan pendek nak bunuh diri,
hello girls wake up nyawa awak jauh lagi berharga dan bernilai dari cinta dari si dia.Percayalah setiap manusia di dunia ini sudah ditentukan jodohnya yang tertulis di LUTH MAHFUZ, JODOH PASTI BERTEMU, tulang rusuk tetap akan berjumpa dengan pemiliknya, tanpa tertukar pemiliknya, pada masa yang telah ditetapkan so dont worry girls keep calm and keep istikharah :)

5) Peluang

Tetiba setelah bertahun-tahun berlalu dia dapat jejak korang semula , mungkin dekat social media, atau tempat kerja yang sama atau sebagainya. and dia minta maaf and berkata
 "lets bygone be bygone" lets start a new life 
ok ini depend laa pada korang, tapi menurut persepsi yaya yuki kan setiap manusia di muka bumi ini kita boleh beri dia dua kali peluang , seperti kita sedia maklum "mana ada orang yang tak pernah buat silap kan" jikalau memberi peluang kedua kepada si dia dapat merawat hati kita yang kecewa dulu tu,,its okay :) bagilah jengan dera hati kita pula, supaya teruskan ego kerana ia akan lebih menyakitkan yelaa kan kadang kadang FIRST LOVE, susah nak lupa gitu...

secara kesimpulannya

Selepas ketawa pasti menyusul air mata
Selepas nestapa pasti kegembiraan menjelma
Selepas Allah berikan kita gelap pasti akan datang terang
Allah berikan terang untuk bersyukur
Allah berikan kita gelap untuk bersabar
Kadang-kadang Allah beri kita hujan
Kita tanya mana matahari
Rupa-rupanya Allah nak bagi kita pelangi
Kadang-kadang Allah beri kita malam yang pekat
Kita tanya mana bulan???
Rupa-rupanya Allah nak bagi kita lihat bintang
Allah patahkan hati kita untuk selamatkan jiwa kita
Allah patahkan hati kita untuk kuatkan diri kita




sampai sini sahaja untuk malam ni :)
Terima Kasih Sudi Membaca
alang-alang membaca jom komen sekali 


love,
yaya yuki

2 comments:

sila tinggalkan komen anda :D