Thursday, 11 December 2014

Petua Rambut Lebat, Cantik dan Bebas Kelemumur

Assalamualaikum hai semua :)
today aku nak share petua yang diajarkan sendiri oleh IBUNDA tercinta :)

RAMBUT NIPIS???


BERKELEMUMUR????



BERMINYAK?????


ohhhhh tidak!!!!!!


okay tak perlu risau lagi aku masa kcik2 kan rambut aku memang bermasalah....
bila tengok budak-budak lain dok ikat rambut comel comel gitu perggghh jelly aku so tiap2 hari ibu buatkan .... jeng jeng jeng....

tips :

1) Rendamkan daun bunga raya.(untuk Rambut Tebal)



kau tahu bunga raya kan?? mestilah tahu kan.. Bunga Kebangsaan kita.. kau ambil daun bunga raya tersebut kau rendam dia dengan sedikit air natikan macam keluar lendir-lendir sikit tau dari daun tu ,, so nak buat ape??? kau sapulah kat atas rambut kau tu... biarkan dalam 20 minit macam tu then basuh :)

seminggu buatlaah dalam 2 kali.. InsyaaAllah rambut akan tebal :)
sebab aku dah cuba .....

2)Gunakan Limau (untuk singkirkan kelemumur)





limau sambal tahu tak?? alaaa yang biasa kalau basuh ayam ada pakai limau tu..,, haaa limau tu laaaa kau ambik laaa dalam 4-5 biji belah dan kau sental kat rambut kau tu.... 
then kau akan rasa kulit kepala segar tanpa kelemumur dan minyak yang berlebihan:) try laaaa 

okay laaa :) lain kali kalau ada petua-petua yang menarik aku tulis lagi :)


byeee


Assalamualaikum....

3 comments:

  1. selalu buat dua-dua cara ni. memang best! :D

    ReplyDelete
  2. pernah sekali tu cuci rambut guna Sunlight ,, wahahha,, tak tahan gatal punya pasal ,, T.T

    ReplyDelete
  3. selalu baca yg ni tapi x buat2 T-T

    ReplyDelete

sila tinggalkan komen anda :D