Sunday, 3 March 2013

Don't Judge A Person By its Look :D



Assalamualaikum :D lama tak update..rinduuu  hari ni nak share cerita..
jom laaa baca :) btw Selamat Hari Ahad


Abah: "So dah decide siapa yang ko nak kahwini?" 


Pemuda: "Dah. Saya pilih yang berpurdah full package." 

Abah: "Abah bantah sekeras-kerasnya." 

Pemuda: "Kenapa abah?! Katakan kenapa?! Katekanlah!" 

Abah: "Abah nak ko pergi lamar minah yang baru pas STPM yang jual
pisang goreng dekat corner tepi
rumah Kak Bedah, Jalan Ampang, tepi kedai tepon, sebelum roundabout, trafik lite yang ketiga
setelah balai polis tu." 

Pemuda: "HAH!!? Ni masa depan saya,
abah! Abah tak boleh paksa!"

Abah: "Redha orang tua boh! Tak
guna abah hantar kau ke Jordan  belajar agama kalau ko melawan
cakap abah yang tua lagi uzur serta kencing manih ni." 

Pemuda:
"HMPH! Baiklah abah. Saya akur, rela dan redho." 
Pemuda tu dah kenal sangat minah tu. Dengan
seluar jeansnya, dengan tshirt ketatnya, dengan tudung
pendeknya. Ah, langsung tak ada
ciri-ciri isteri solehah idaman
kalbunya. Akhirnya, keluarga perempuan menerima lamaran
keluarga si pemuda. Setelah kahwin, maka tinggallah si
pemuda dengan minah tu. 

Suami:
"Kalau saya suruh awak something boleh tak?" 

Isteri:
"Boleh. Saya isteri awak sekarang." 

Suami: "Awak pakai
purdah boleh tak?" 

Isteri:
"Boleh..tapi sebelum tu, boleh tak ajar saya ilmu-ilmu agama, cara
nak solat dengan betul,perbetulkan mandi hadas saya, ajar saya al-Quran..siyes, selama
ni saya nak belajar agama, cuma tak tahu nak belajar dengan
 siapa. Tak ada orang nak tunjuk ajar saya. Tak cukup hanya belajar di sekolah. Cikgu tak
tumpu pada saya, tapi satu kelas." 

Suami: "Emm..insya-
Allah.." 
Pemuda tidak sangka,
gadis yang disangka buruknya itu
lebih mudah menerima didikan
dan ajarannya. Tidak perlu
dipaksa untuk belajar. Mudah
menyerap segala ilmu yang diajar
bila hati berkeinginan untuk
belajar. Lama-kelamaan, kasih
tersemai, hati bertaut. 

Pemuda:
"Terima kasih, abah." 

Abah:
"Bagus, inilah dakwah seorang
suami. Kita bukan nak petik
mawar berduri. Tapi kita nak
tanam, baja dan semai pokok
bunga mawar. Bunga mawar yang
dipetik, pasti layu. Tapi bunga
mawar yang bersama dengan
pohonnya insya-Allah terus segar.
Kau paham tak?" 

Pemuda:
"Faham, abah. Anda mampu
mengubahnya." 

Abah: "Salah tu.
Anda mampu mendidiknya."

Pemuda dan abahnya ketawa bersama. Pemuda dan isterinya hidup bahagia hingga akhirnya.
Yang jahil boleh jadi solehah. Yang tak pakai purdah boleh
dipakaikan purdah. Segalanya mungkin. Dengan iman dan
keyakinan tinggi pada Allah.

Sekian :D Assalamualaikum