Friday, 30 November 2012

Konsert "untukmu Palestin"


hai pembaca pembaca yang cantik,comel handsome,, alya harap korang sihat dan sentiasa di rahmati Allah :)
semalam pukul 11 malam alya sempat pergi menerjah Konsert Untukmu Gaza. Ramai jugak artis2 yang terlibat antaranya Misha Omar,Hafiz Hamidon,Faizal Tahir,Raihan.Tomok,Aizat.Noh Hujan, dan pengacaranya AG,,, kalau korang perasan konsert nie live kat tv3 pkul 11 malam semalam,,,, kalau terlepas boleh tengok dekat tonton.com :)

Bersama-sama lah kita menderma atau menyumbang kan apa sahaja keperluan untuk rakyat2 Palestin.
ini adalah sedikit pic2 sepanjang malam tadi :)









Wednesday, 28 November 2012

Allah berikan pelangi


Selepas ketawa pasti menyusul air mata

Selepas nestapa pasti kegembiraan menjelma

Selepas Allah berikan kita gelap pasti akan datang terang

Allah berikan terang untuk bersyukur

Allah berikan kita gelap untuk bersabar

Kadang-kadang Allah beri kita hujan

Kita tanya mana matahari

Rupa-rupanya Allah nak bagi kita pelangi

Kadang-kadang Allah beri kita malam yang pekat

Kita tanya mana bulan???

Rupa-rupanya Allah nak bagi kita lihat bintang

Allah patahkan hati kita untuk selamatkan jiwa kita

Allah patahkan hati kita untuk kuatkan diri kita






Titik Kelemahan


Seringkali kita mengeluh dan mengadu, mengapa Allah tidak habis-habis menguji kita. Malahan diberi-Nya ujian yang sama setiap kali. Setelah satu, maka datang pula satu lagi masalah. Setelah habis dicuba dengan ujian yang merumitkan, didatangkan pula ujian yang menyesakkan dada.
Sungguh indah perancangan Allah dalam mentarbiyah manusia. Allah yang Maha Mengetahui menguji manusia pada titik-titik kelemahan diri kita. Pada titik-titik yang lemah itulah, bertubi-tubi Allah datangkan ujian kepada hamba-Nya. Di ruang-ruang yang lemah itu Allah datangkan ujian maha berat sehingga manusia merasakan dia tidak lagi terdaya memikulnya.
Allah menciptakan manusia dengan kelemahan, namun Allah tidak membiarkan kita terus menerus hidup dalam kelemahan tersebut. Maka Allah datangkan ujian bertimpa-timpa pada titik kelemahan tersebut sebagai latihan untuk membina sebuah kekuatan. 
Bagaimana?
Seseorang individu yang lemah dalam akademik, maka pada titik akademik itulah Allah mengujinya berkali-kali. Sahabat-sahabat kita ramai yang diuji Allah pada titik akademik. Bukan sekali sahaja mereka diuji, namun berkali-kali. Ada yang mengalami kegagalan dalam 'Continous Assessments' kemudian dalam peperiksaan Akhir musim panas Allah menguji lagi dengan kegagalan walaupun telah berusaha keras.
Ada pula yang dipanggil ke 'Viva' namun masih gagal dan perlu mengharungi ujian musim luruh. Setelah berusaha keras menelaah, masih Allah menguji dengan kegagalan dalam peperiksaan itu sehingga perlu mengulang semula tahun pembelajaran. Malah, ada yang bukan pertama kali perlu mengalami kitaran ujian tersebut, bahkan mungkin pada tahun kedua mahupun tahun ketiga. Di titik akademik itulah Allah berkali-kali datangkan ujian pada mereka agar dengan adanya ujian-ujian itu mereka lebih kuat dan mantap pada sebuah pengharapan. Ya, berharap pada Allah setiap kali ujian datang menjengah.

Seseorang indiviu yang diuji Allah dengan kekurangan harta, maka pada titik harta itulah Allah berterusan mengujinya. Allah uji dengan ketidakcukupan wang dan harta. Allah uji dengan kesempitan rezeki. Allah uji dengan pelbagai masalah yang membutuhkan wang yang banyak.
Seringkali kita tonton drama kehidupan manusia dalam drama-drama di kaca televisyen mahupun layar perak, babak-babak kehidupan manusia yang diuji dengan harta sering dipaparkan. Pelbagai drama ujian melanda seorang yang miskin, diuji dengan kesempitan wang, kemudian diuji pula dengan kehilangan pekerjaan, kemudian diuji pula dengan ahli keluarga yang sakit yang memerlukan belanja besar dan ujian-ujian susulan yang memerlukan wang yang banyak.
Seseorang individu yang lemah dalam perhubungannya sesama manusia, diuji oleh Allah dengan pelbagai masalah melibatkan hubungan sesame manusia. Ada yang diuji dengan penceraian antara suami isteri, ada pula yang diuji dengan pertelingkahan sesame ahli keluarga, ada yang berkelahi anta jiran tetangga ada pula sahabat baik yang diuji dengan perselisihan, dan ada juga yang dikeruhkan hubungan antara pemimpin dengan mereka yang dipimpin. Malah, ada pula pasangan yang bercerai diuji pula dengan hubungan dengan anak-anak yang kian merenggang dan sebagainya. Dititik kelemahan itu Allah datangkan dengan pelbagai ujian yang berat untuk ditanggung manusia.
Seseorang individu yang lemah dalam ketaatan kepada Allah dan terjerumus ke lembah maksiat, maka pada titik maksiat itu Allah mengujinya berulang kali. Allah mengujinya dengan bakaran nafsu yang menyala, dan bisikan syaitan yang menggoda berkali-kali sehingga tewas ke lembah maksiat itu. Adapun, yang cuba bertaubat dan kembali kepada jalan Allah, namun, nafsu dan bisikan syaitan memanggil-manggil untuknya terjun ke lembah maksiat. Maka tiap kali itulah dia tewas dan kembali ingin bertaubat. Namun, Allah datangkan godaan demi godaan sebagai ujian sehingga manusia tewas. Kemudian dia kembali bertaubat, namun, masih lagi Allah mendatangkan kebaikan kepadanya sehingga hamper-hampir sahaja berputus asa dalam kemaksiatan.
Begitu jugalah dengan ujian-ujian Allah dari aspek kelemahan yang lain.  Persoalannya, mengapakah Allah menguji kita berulang-ulang kali pada titik kelemahan yang sama malah bertubi-tubi Allah datangkan ujian sehingga kita hampir berputus asa.
Rasulullah s.a.w bersabda;
"Sekiranya Allah menginginkan kebaikan untuk seseorang itu, Allah akan mengujinya dengan kesusahan"
(Hadis Riwayat al-Bukhari)
Maka, ujian yang Allah datangkan itu sebenarnya adalah untuk memberikan kebaikan kepada kita. Allah sebenarnya ingin memberi kita kekuatan dan menghilangkan dari kita kelemahan-kelemahan tersebut. Maka, Allah menguji kita pada titik yang lemah itu, agar dengan ujian itu, titik lemah itu akan menjadi salah satu kekuatan bagi individu tersebut. Allah ingin mentarbiyah manusia untuk memperbaiki kelemahan diri, maka Allah datangkan cubaan sebagai guru untuk mendidik. Untuk mengubah suatu kelemahan kepada kekuatan, ia memerlukan masa dan konsistensi.
Seperti air bias memecahkan batu setelah sekian lama menghempapnya, begitu jugalah manusia, konsistensi melalui ujian tersebut adalah resipi untuk mengubah kelemahan menjadi kekuatan. Tidak mudah bukan untuk mengubah kelemahan diri. Bak kata pepatah inggeris " Sometimes we have to learn it the hard way"

Buat mereka yang diuji dengan kegagalan dalam peperiksaan, bergembiralah wahai kalian, kerana melalui ujian itu Allah pasti menginginkan agar kalian mendapat ilmu dan kefahaman. Melalui kegagalan, kalian akan berusaha keras untuk menelaah, bukan sekali tetapi berkali-kali untuk menguatkan ingatan dan kefahaman. Maka, sungguh Allah memberi limpah karunia berupa ilmu dan kefahaman pada kalian,
Sabda Baginda Rasulullah SAW;
"Barang siapa yang dikehendaki Allah kebaikan padanya, Ia fahamkan kepadanya tentang agama"
(Hadith sahih riwayat Bukhari dan Muslim)
Buat mereka yang diuji dengan harta, maka bertabahlah, kerana pasti Allah menginginkan kebaikan pada kalian. Berbahagialah dengan janji Rasulullah pada kalian bahawa syurga itu menanti kalian sekiranya dengan kemiskinan dan kesusahan itu, kalian bertakwa kepada Allah. 
"Aku melihat ke dalam syurga, maka aku dapat melihat kebanyakan penghuninya adalah terdiri daripada kalangan orang-orang fakir miskin...."
(Hadis riwayat Muttafaqun 'alaih)
Buat mereka yang diuji melalui hubungan dengan manusia, berbahagiahlah kalian, kerana Allah menginginkan kebaikan pada kalian melalui jalan sabar. Pada ujian itu, Allah ingin mendidik kesabaran, menetapkan hati dan mengukuhkan iman, moga dengan sabar itu, pintu syurga terbuka buat kalian.
Firman Allah yang bermaksud;
"... dan Kami jadikan sebahagian dari kamu sebagai ujian dan cubaan bagi sebahagian yang lain, supaya ternyata adakah kamu dapat bersabar.."
(Surah al-Furqan ayat 20)
Buat mereka yang diuji Allah dengan jalan maksiat, maka berusaha keraslah dan bersabarlah mengharunginya. Kerana sungguh pintu-pintu taubat terbuka luas buat kita. Jangan sesekali berputus asa dari rahmat Allah walaupun merasakan tidak terdaya dan lemas dalam dosa-dosa durjana. Kembalilah kepada Allah. Firman Allah,
" Katakanlah (Wahai Muhammad): "Wahai hamba-hambaKu yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri(dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana Sesungguhnya Allahmengampunkan segala dosa; sesungguhnya Dia lah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani "
(Surah Al-Zumar ayat 53)
Buat umat ini yang diuji Allah, semoga Allah memberi kekuatan kepada kita untuk menempuhinya dengan tabah dan sabar. Berdoalah. 
"Dan apabila mereka (yang beriman itu) keluar menentang Jalut dan tenteranya, mereka berdoa dengan berkata: " Wahai Tuhan kami! Limpahkanlah sabar kepada kami dan teguhkanlah tapak pendirian kami serta menangkanlah kami terhadap kaum yang kafir"
(Surah al-Baqarah ayat 250)


Muslimah Itu


Ketika hayatnya sebagai anak, dia membuka pintu syurga untuk ayahnya. Ketika hayatnya sebagai seorang isteri, dia menyempurnakan agama suaminya. Ketika hayatnya sebagai seorang ibu, syurga di bawah telapak kakinya. Jika setiap orang tahu status sebagai seorang wanita dalam Islam, mesti lelaki juga mahu menjadi wanita. - Sheikh Akram Nadawi
Kadangkala ada rasa cemburu yang sedikit . Cemburu dengan mereka. Cemburu kepada kaum hawa. Mereka ada sinar yang tiada pada lelaki. Mereka istimewa. Mereka berbeza dengan kaum adam dalam pelbagai segi. Ya , diulang mereka sangat bertuah lagi beruntung dijadikan di muka bumi ini.
Kaum hawa , mereka ramai. Ramai menghadiri ke kelas untuk menangkap lambakan ilmu. Tiga per empat kerusi di dewan kuliah milik mereka, dan majoriti antara mereka punya sepasang mata yang tertacap penuh fokus di layar skrin putih. Dibantu oleh tangan yang menangkap sebanyak ilmu dengan pena di muka kertas. Sebaliknya, lelaki satu per tiga ada yang tewas dibenam adrenalin yang perlahan. Kesat-kesat mata mengantuk .
Mahu ke kuliah agama,  lelaki perlu berfikir sejenak. Mahu ke kelas tambahan biologi, lelaki perlu berfikir sejenak. Mahu ke senamrobik untuk mendapatkan markah ko-kurikulum, lelaki perlu berfikir sejenak .
"Ada, ramai perempuan laa . malu plak nak pergi"
Untuk mendapatkan kerja part time bukan mudah bagi seorang lelaki, perlu keras sahaja kerjanya. Merayu-rayu untuk mendapatkan kerja di kedai-kedai. Perempuan sahaja yang berbeza, mudahnya diberi peluang. Tarikan kedai.Pelaris jualan. Bikin komersial.
saudara dan saudari sekalian,
Ketahuilah, zaman kini media massa gemar mempromosikan wanita di skrin elektronik mahupun paparan akhbar. Para artisan memuja kaum wanita dalam baris lirik yang bermelodikan cinta. Iklan atau komersial yang jika dihitungkan ramai wanita yang menghiasi produk-produk. Rancangan televisyen tidak kurang juga menampilkan barisan wanita; Wanita hari ini, soal wanita , safiyyah , bella , solehah dan etcera etcera .
Mereka selalu disayangi sehingga sentiasa dipuji dan dipuja. Mereka dipuji kerna tarikan yang ada pada mereka. Dipuja kerana lambang cinta manusia sejagat .
Mereka dilayan penuh dengan rasa lembut. Tika seorang lelaki berminyak mahu duduk di hadapan bersebelahan dengan tempat pemandu, pak cik teksi itu mengeluarkan jari jemari kasarnya ke muka lelaki berminyak, membentuk tiga jari .
" ladies first ! " tegas pakcik teksi. 
Nada tinggi bersama oktaf yang buat lelaki berminyak terperanjat. Diulang tiga kali seiring dengan dijatuhkan tiga jari jemari kasar milik pak cik teksi bermisai lalu terus membuka pintu hadapan teksi kepada seorang perempuan yang bertudung merah jambu comel.
Perkara yang sama juga berlaku, apabila pak cik drebar bas lebih mengutamakan perempuan dihantar pulang dahulu selepas habis jamuan malam. Jika difikir kembali rasanya perempuan waktu itu amatlah besar bilangan jemaah mereka. Tiga kali ganda daripada bilangan lelaki. Lebih bagus rasanya jika lelaki yang dihantar pulang dahulu.
' oh , oh pak cik yang penyayang , kenapa pak cik tidak beri kami (lelaki) pulang dahulu ? '
' perempuan penyambung generasi ! '
Perempuan sangat istimewa. Hampir beratus penulisan artikel berkenaan dengan perempuan. Dan yang larisnya selalu bertopikkan perempuan. Artikel-artikel tidak kiralah bergenrekan ilmiah atau tidak ilmiah. Mampu sahaja menambat hati si pembaca. Termasuklah artikel yang dituliskan oleh tuan hamba sekarang. Tuntasnya , perempuan itu eliksir yang punya abiliti untuk merawat luka lara kebosanan manusia.
Saudara dan saudari  sekalian,
Apabila waktu engkau merungut tidak suka melabuhkan pakaian kerna panas hidup di garis khatulistiwa. Aku hairan. Apabila waktu engkau tidak suka pakai stokin kerna takut basah terkena air. Aku hairan. Apabila ditegur bahawa bahayanya penangan manis mulut seorang lelaki dan engkau endahkan. Aku hairan .
Adakah anda tahu yang diri anda sungguh istimewa? Ketahuilah aku sangat cemburu. Hiperbola .

1. Doa wanita lebih maqbul dari lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat dari lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah SAW akan hal tersebut, jawab baginda : "Ibu lebih penyayang dari ayah dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia."
2. Wanita yang solehah itu lebih baik dari 1,000 orang lelaki yang tidak soleh.
3. Seorang wanita solehah adalah lebih baik dari 70 orang wali.
4. Seorang wanita solehah adalah lebih baik dari 70 lelaki soleh.
5. Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang senantiasa menangis kerana takutkan Allah SWT dan orang yang takutkan Allah SWT akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.
6. Barang siapa yang membawa hadiah (barang makanan dari pasar ke rumah) lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedekah. Hendaklah mendahulukan anak perempuan dari anak lelaki. Maka barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail AS
7. Tidaklah seorang wanita yang haidh itu, kecuali haidhnya merupakan kifarah (tebusan) untuk dosa-dosanya yang telah lalu, dan apabila pada hari pertama haidhnya membaca "Alhamdulillahi'alaa Kulli Halin Wa Astaghfirullah". Segala puji bagi Allah dalam segala keadaan dan aku mohon ampun kepada Allah dari segala dosa."; maka Allah menetapkan dia bebas dari neraka dan dengan mudah melalui shiratul mustaqim yang aman dari seksa, bahkan AllahTa'ala mengangkatnya ke atas darjat, seperti darjatnya 40 orang mati syahid, apabila dia selalu berzikir kepada Allah selama haidhnya.
8. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Rasulullah SAW.) di dalam syurga.
9. Barang siapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan, lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa taqwa serta bertanggung jawab, maka baginya adalah syurga.
10. Dari 'Aisyah r.ha. "Barang siapa yang diuji dengan sesuatu dari anak-anak perempuannya, lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya dari api neraka."
11. Syurga itu di bawah telapak kaki ibu.
12. Apabila memanggil akan engkau kedua ibu bapamu, maka jawablah panggilan ibumu dahulu.
13. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.
14. Wanita yang taat akan suaminya, semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan, semuanya beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya dan meredhainya. (serta menjaga sembahyang dan puasanya)
15. 'Aisyah r.ha. berkata "Aku bertanya kepada Rasulullah SAW. siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita ?" Jawab baginda, "Suaminya". "Siapa pula berhak terhadap lelaki ?" Jawab Rasulullah SAW. "Ibunya".
16. Seorang wanita yang apabila mengerjakan solat lima waktu, berpuasa wajib sebulan (Ramadhan), memelihara kehormatannya serta taat kepada suaminya, maka pasti akan masuk syurga dari pintu mana saja yang dia kehendaki.
17. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah SWT memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu dari suaminya (10,000 tahun).
18. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah SWT mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebaikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.
19. Dua rakaat solat dari wanita yang hamil adalah lebih baik dari 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil.
20. Wanita yang hamil akan dapat pahala berpuasa pada siang hari.
21. Wanita yang hamil akan dapat pahala beribadat pada malam hari.
22. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah SWT mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah SWT
23. Wanita yang bersalin akan mendapat pahala 70 tahun solat dan puasa dan setiap kesakitan pada satu uratnya Allah mengurniakan satu pahala haji.
24. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.
25. Sekiranya wanita mati dalam masa 40 hari selepas bersalin, dia akan dikira sebagai mati syahid.
26. Wanita yang memberi minum susu kepada anaknya dari badannya (susu badan) akan dapat satu pahala dari tiap-tiap titik susu yang diberikannya.
27. Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup tempoh (2 1/2 tahun), maka malaikat-malaikat di langit akan khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya.
28. Jika wanita memberi susu badannya kepada anaknya yang menangis, Allah akan memberi pahala satu tahun solat dan puasa.
29. Wanita yang habiskan malamnya dengan tidur yang tidak selesa kerana menjaga anaknya yang sakit akan mendapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba.
*****
Perempuan secara fitrahnya dijadikan untuk suka akan ilmu. Tidak kiralah matematik, bahasa melayu, english dan biologi juga kuliah agama. Sebelum hendak pergi kelas tambahan biologi kena fikir banyak kali, tidak asing jika merekalah yang memenuhi kerusi majoriti . malah kuliah agama pun mahu diminta buat kelas tambahan juga untuk mereka. Luar biasa !

Maka tidak hairanlah, universiti itu bagai sekolah perempuan. Di mana dewan kuliah penuh dengan wangi-wangian semerbak waktu pagi , oh oh . Bunyi pen dihentak-hentak ke meja tanda kurang faham. Botol air warna comel serba besar untuk hilangkan rasa mengantuk . satu balang gula-gula untuk meningkatkan tekanan darah yang kian rendah di atmosfera dingin .
Dan mereka juga tidak perlu gusar jika mahu berpelukan dan berpegangan tangan sesama mereka sendiri di hadapan khalayak ramai. Andai lelaki berbuat begini, masyarakat memasang visual yang aneh pula.
Saudara dan saudari sekalian,
Ketahuilah aku sangat cemburu kepada kaum hawa. Satu hal yang sangat istimewa ada dalam diri seorang hawa itu adalah aktifnya kilang air mata. Tika mana datang satu babak dalam kehidupannya itu menyentuh hatinya yang dalam. Tangisan itu tidak putus-putus dirembes.
Merembes percuma tanpa ditahan walaupun cuma hilangnya sebatang pen. Menangis kerna menonton cerita kartun yang kasihan. Menangis kerna memperoleh keputusan peperiksaan yang membahagiakan ibu bapanya.
Sedih pun menangis. Gembira pun menangis.
Air mata itu buat lelaki kecut. Tangisan itu buat anak sayu. Cecair hangat di bening itu meruntun jiwa yang memandangnya. Mudahnya, mereka menangis. Senangnya perempuan menangis. Beruntung kerna tangis itu bisa buat taubat di hamparan sejadah itu lebih terisi. meratap dosa silam dan mengenang kesalahan kelam. Hati mereka lembut lalu tumpah ke telekung. Istimewanya perempuan. Punya kelebihan begini.
Dan mereka juga punya kuasa yang bersifat relatif. Mampu mengubah seseorang lelaki ke arah dua sisi yang berbeza. Kanan atau kiri. Kacak di mata tuhan atau celaka di belati tuhan. Hati seorang perempuan itu bisa mewarnai hati seorang lelaki. Mereka penggerak faktor manusia untuk berubah .
Daripada seorang lelaki yang ingin berubah menjadi baik kerna mencintai seorang perempuan yang baik, ke arah mencari cinta yang betul hakiki . cinta yang betul-betul membawa mereka ke jannahNya. kuasa perempuan sangat istimewa. Ada kelebihan yang boleh diterap dalam dakwah.
Firman Allah yang bermaksud;
"Kaum lelaki itu adalah pemimpin dan pengawal yang bertanggungjawab terhadap kaum perempuan, oleh kerana Allah telah melebihkan orang-orang lelaki (dengan beberapa keistimewaan) atas orang-orang perempuan, dan juga kerana orang-orang lelaki telah membelanjakan (memberi nafkah) sebahagian dari harta mereka. Maka perempuan-perempuan yang soleh itu ialah yang taat (kepada Allah dan suaminya), dan yang memelihara (kehormatan dirinya dan apa jua yang wajib dipelihara) ketika suami tidak hadir bersama, dengan pemuliharaan Allah dan pertolonganNya"
  (Surah an-Nisa' ayat 34)
Khadijah itu memberi semangat kepada baginda, nabi Muhammad usai menerima wahyu pertama. Lihat, di belakang utuhnya seorang lelaki itu membentang empayar yang luas terdapat seorang wanita yang disayanginya. Di kala baginda ragu, Khadijah itulah yang menyelimutkan rasa tenang.
Jiwanya berpegang teguh yang baginda itu manusia terpilih. Manusia yang mencintai umatnya hingga ke alam yang kekal abadi. bersama baginda, seorang wanita yang taat dan setia mendampingi baginda di kala senang dan susah.
Perempuan itu punya kuasa relati. Bisa menguatkan tangan seorang lelaki bagi mengetuai bala tentera dan juga bisa meranapkan kerajaan dihakis korupsi nafsu . berhati-hatilah dalam bermain kuasa, supaya bisa menghasilkan generasi al Fateh yang seterusnya .
Saudara dan saudari sekalian
Aku melihat ke dalam Syurga maka aku melihat kebanyakan penghuninya adalah fuqara' (orang-orang fakir) dan aku melihat ke dalam Neraka maka aku menyaksikan kebanyakan penghuninya adalah wanita. - (Hadis Riwayat Al- Bukhari dan Muslim)
Walaupun wanita itu ramai tempatnya di neraka, namun manusia yang terakhir keluar daripada neraka dan manusia yang terakhir masuk ke syurga ialah jantina yang bernama lelaki.
Abdullah bin Mas'ud r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda:
Sesungguhnya aku benar-benar tahu ahli Neraka yang terakhir keluar dari sana dan ahli Syurga yang terakhir masuk ke Syurga iaitu seseorang yang keluar dari Neraka secara merangkak lalu Allah Taala berfirman kepadanya: Pergilah, masuklah ke dalam Syurga, maka dia pun mendatangi Syurga, tetapi terlintas di fikirannya bahawa Syurga itu telah pun dipenuhi. Oleh itu dia kembali dan berkata:
Wahai Tuhanku, aku telah temui Syurga itu namun ianya telah penuh. Allah Taala berfirman: Pergilah, masuklah ke dalam Syurga, maka dia pun mendatangi Syurga, tetapi terlintas di fikirannya bahawa Syurga itu telah dipenuhi lalu kembali semula dan berkata: Wahai Tuhanku, aku telah temui Syurga itu tetapi ianya telah penuh.
Allah berfirman: Pergilah, masuklah ke dalam Syurga kerana sesungguhnya ianya untukmu seumpama dunia dan sepuluh kali gandanya atau sesungguhnya ianya bagimu sepuluh kali ganda dunia. Lelaki itu berkata: Adakah Engkau mengejekku atau mempermain-mainkan aku, kerana Engkau adalah Maharaja?
Maka Abdullah bin Mas'ud berkata: Aku benar-benar melihat Rasulullah s.a.w tertawa sehingga ternampak gigi geraham baginda dan dikatakan: Itulah Ahli Syurga yang paling rendah kedudukannya. 
(Hadith Sahih Riwayat Imam Muslim)
sumber : manusia yang terakhir masuk ke syurga
Ketahuilah, ingin ku ulang kembali yang aku terlalu cemburu dengan perempuan. Dapat pergi kelas tambahan biologi tanpa fikir banyak kali. Dapat tempat duduk di dalam bas dan komuter. Mudah menangis jika mahu meluahkan perasaan yang terpendam.
Nikmat dan balasan kalian terlalu eksotik dan menyelerakan. Janji tuhan pasti benar. Dia tidak pernah mungkir. Percayalah, yang panas di sini untuk sementara. Menanti sejuk di alam sana. Percayalah, yang perasaan lemah itu bukan binasa di sini, tetapi kekuatan yang utuh untuk naik ke darjat seterusnya .
Percayalah, kerana wanita yang paling percaya ialah wanita yang paling baik. Dan yang paling baik itu akan sentiasa dipayungi dengan rahmatNya daripada teriakan nafsu yang menggila .
Ketahuilah saudara, saudari sekalian. lelaki ini selalu cemburu . Apapun aku bersyukur yang diri ini seorang lelaki.