Tuesday, 25 December 2018

Sepetang di Pantai Morib, Pantai Mesra Pengunjung


Assalamualaikum hai semua hari ni yaya nak share tentang Pantai Morib. Sebelum itu, Selamat Hari Natal kepada semua penganut yang meraikan pada hari ini. Celebrate with bright, joy, love and peace. Pantai Morib terletak di kawasan Banting Selangor. Pantai Morib juga berdekatan dengan Pantai Bagan Lalang dan Homestay Banghuris. 

Yaya dengan tiga orang lagi rakan gerak dari UKM dalam jam 3 petang dan kami tiba di Pantai Morib sekitar jam 4 petang. Perjalanan dari Bangi ke Banting mengambil masa sekitar satu jam lebih skit macam tu. Kami ikut jalan dalam so far ok je jalan dalam tak ada jem teruk-teruk. Kami pergi hari Ahad. Sampai je di Morib, memang ramai sangat pengunjung waktu ni. Ada yang hadir bersama rakan-rakan, keluarga, sanak saudara, suami isteri, dan pelbagai lagi.

Macam-macam aktiviti juga yang dilakukan oleh pengunjung antaranya main layang-layang sebab angin dkt Morib ni serius best fefelingg gitu. Ada yang makan-makan tepi pantai, ada juga group-group abang bomba yang sedang beriadah di tepi pantai. Keadaan cuaca yang redup redup beserta angin sepoi sepoi bahasa bak kata orang memang seronok sangat bersiar-siar di Pantai Morib ini. Sewaktu kunjungan ke sini juga yaya perasan ada expo sempena cuti sekolah. Yaya juga difahamkan pelbagai jenis expo yang diadakan di Morib mengikut aktiviti tertentu. 

Pantai Morib Pantai Mesra Pengunjung kerana infrastrukturnya yang lengkap dan terjaga dengan baik. Taman permainan untuk kanak-kanak juga tidak berkarat dan berada dalam kedaaan yang baik. Pantai Morib juga menyediakan ruang beriadah untuk golongan OKU. Pantai Morib juga pantai yang bebas asap rokok yeayyy jadi anda digalakkan membawa anak-anak, keluarga anda beriadah dan bersiar-siar di pantai ini. Pantai Morib juga menyediakan ruang surau dan tandas yang sangat selesa dan bersih untuk keperluan pengunjungnya. Jika anda lapar? haa jangan risau pelbagai jenis santapan yang disediakan di pantai ini.


Sekitar gambar-gambar di Pantai Morib...


tenangkan melihat air laut rasa hilang kejap semua kerja-kerja yang serabutkan kepala nih hihi.


Pengunjung Pantai Morib.


Boleh berkemah lagi kat Pantai Morib ni. Seronok tengok hihiks..last yaya berkhemah dekat skolah masa tingkatan 4 dulu perkhemahan unit beruniform polis. 


Alatan beriadah berada dalam keadaan sangat baik.


Menara untuk melihat pemandangan laut di Pantai Morib.


Papan tanda zon larangan merokok. Sangat bagus kerana semua sedia maklum asap rokok juga mampu memudaratkan kesihatan.


Papan tanda petunjuk di Pantai Morib dan peringatan yang sangat bagus. Larangan berdating berduaan ye. 


Tanda awam yang bersih dan selesa untuk pengunjung.


Kemuahan beriadah.


Kompleks gerai makanan.


Ruang beriadah dan bersantai.


Sejarah Pantai Morib.


Gambar diri sendiri dan kawan-kawan pula hihi...






Till we meet again Pantai Morib...
Yaya akan datang semula ke Pantai Morib bersama keluarga pula lepas ni. 


Thanks for reading.

love,
Yaya Yuki

Sunday, 11 November 2018

Lazada 11.11 Blogger Contest

Image result for Lazada Group

Hi Blogger semua? dah join ke belum? kalau belum haaa cepat-cepat join. Yaya harap yaya tidak terlambat untuk contest ni. Baru jumpa masa free nak join hihiks.

11.11 Shopping Festival  
(https://www.lazada.com.my/11-11/?hybrid=1 will take place on 11 November 2018 on Lazada Malaysia.

Antara barang atau "wishlist" yaya yang telah selamat duduk dalam cart sebentar tadi ialah...

1. Luggage Rose Gold only RM79!

Yeah yang ni dah lama yaya usha survey alang-alang dapat harga ni sempena 11.11 ni memang grab laju-laju terus. Haa confirm lebih bersemangat nak travel atau pergi fieldwork dengan my favorite Rose Gold Luggage.


2.  Dr Alstone Mattress 10 inch only RM234.80!!

Lebih lena lah yaya tidur lepas ni hihiks. Yaya jenis suka tilam tebal-tebal yang boleh support backbone dengan baik. 10 inci dengan harga ini sangat lah berbaloi untuk dimiliki sekarang!.


3. UD Naked Cherry Beauty Box

Last but not least, tak lain tak bukan beauty box. Sebagai peminat setia UD adalah wajib untuk dapatkan palet terbaru dari UD iaitu Naked Cherry. Okies tak sabar nak makeup-makeup pakai palet ni.



11.11 Shopping Festival 
(https://www.lazada.com.my/11-11/?hybrid=1 will take place on 11 November 2018 on Lazada Malaysia.


Sebagai seorang yang menggilai shopping di hujung jari yaya sangat faham kepentingan sale-sale letupzz seperti ini kepada golongan seperti kita. hihiks. Ok jangan lambat-lambat lagi jomm serbu lazada sekarang dan grab apa sahaja yang dihajati dan terbuku di hati selama ni. hehe. apa-apa pun yaya ucapkan happy shopping day!!! kepada semua and good luck kepada blogger yang mengambil bahagian di dalam contest ini. 



love,

Yaya Yuki

Thursday, 30 August 2018

9.9 Super Shopping Day di Shopee


Assalamualaikum hai semua, SHOPPING ALERT!! hihiks, sebagai seorang yang menggilai windows shopping ni, yaya nak share pada korang semua SAVE THE DATE!! tau 9.9 ni ayuh ayuh kita shopping dekat Shopee peee peee beli baju juu juuuu di Shopee ihiks (terpengaruh dengan lagu iklan Shopee dekat Tv, sedap pulak). Bestnya shopping dekat Shopee ni sebab Shopee bagi voucher untuk penghantaran percuma tau yeayy!!. Barang pertama yang beli dari Shopee ni adalah Printer HP Deskjet Ink Advantage 2135. Since dari pada sini, bila dah puas hati dengan cara seller layan customer, produk berkualiti, penghantaran pun laju mengikut kadar yang ditetapkan, terus makin hari makin suka shopping dekat Shopee.


Selain tu, yaya suka usha usha Shocking Sale ni juga, ini pun best gila seriuss. Dia ada masa-masa dia tau, means dalam satu masa tu, macam handbag tu, dia ada kuantiti dia sendiri, if lambat dia akan sold out untuk harga shocking sale yang ditawarkan, so akan back pada harga biasa haa so siapa cepat dia dapat laa kan hiks. Hasil menyelam beberapa hari ni yaya dapat laa beli apa-apa yang terhajat dan bekenaan di hati ni, 5 barang hiks. Tak sabar nak tunggu semua sampai then boleh laa review di blog.



Use my referral code YAYAY238 to get rm7.00 off your first purchase! Download Shopee now to enjoy free shipping and lowest price guaranteed deals! https://shp.ee/dfbt892

Selamat bershopping semua :)

love,
Yaya Yuki